USTAZ EBIT LEW KONGSI WAKTU TERTENTU DOA MAKBUL DI BULAN RAMADAN. RUGI KALAU TERLEPAS!

Ustaz Ebit Lew Kongsi Waktu Tertentu Doa Makbul Di Bulan Ramadan. Rugi Kalau Terlepas!

Image result for Ustaz Ebit Lew Kongsi Waktu Tertentu Doa Makbul Di Bulan Ramadan. Rugi Kalau Terlepas!

Bulan Ramadan ialah bulan di mana setiap umat Islam diberi kesempatan begitu luas untuk beribadah. Bahkan di bulan mulia ini juga pintu langit dibuka, doa lebih mudah dimakbulkan Allah.

Jadi kita sebagai ibu dan ayah yang sangat mencintai ahli keluarga, seharusnya jangan pernah lupa untuk berdoa yang baik-baik untuk kesejahteraan anak-anak dan seluruh insan yang kita sayangi.

Ramadan ialah bulan yang cukup teristimewa. Ini dijelaskan lagi sebagai mana perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew, ada 2 waktu apabila kita berdoa, Allah akan makbulkan dan oleh itu jangan terlepas berdoa.

Malam ini saat pintu langit dibuka. Doa dimakbulkan oleh Allah. Pintu syurga dibuka. Pintu neraka ditutup. Syaitan diikat. Kita semua ingin diampunkan oleh Allah. Rezeki orang beriman bertambah.Terima Kasih Allah.

Doa kita Insya-Allah makbul…Doa itu ajaib..

2 waktu jangan terlepas berdoa.

Kejutkan isteri dan anak-anak untuk bersahur disebabkan sahur itu berkat. Selepas bersahur, ajak semuanya Solat Tahajud 2 rakaat. Doa panjang-panjang. Doa tulus dari hati dengan rendah diri dan memahami apa yang didoakan.

Baca Al-Quran bersama-sama.

Setiap kali ayat yang kita baca ibu bapa kita akan naik tingkat demi tingkat dalam syurga. Tempat terakhir ibu bapa kita ialah tempat terakhir bacaan Al-Quran kita.

Hadiahkanlah syurga paling teratas buat mak ayah. Dalam syurga, ibu bapa kita diberi mahkota yang bercahaya dan pakaian yang lebih mahal dari dunia. Bila ditanya kenapa kami diberi pakaian ini, diberitahu ini disebabkan bacaan Al-Quran anak kamu.

Ajaklah isteri dan anak-anak bersama-sama baca Al-Quran. 1 hari 1 juz. Baca Al-Quran sebelum Subuh. Jikalau orang tahu betapa bernilainya baca al-Quran sebelum Subuh… Rasanya..Kesannya..Allahuakbar.

Keduanya, usah lupa banyakkan berdoa terutama sebelum berbuka. Sebelum masuk masa Maghrib. Doalah panjang-panjang. Mintalah apapun. Insya-Allah Allah pasti kabulkan.

Saya teringat semasa di sebuah masjid berbuka puasa. Ribuan orang berbuka puasa. Kami ambil beberapa dulang orang Malaysia. Biasanya sebelum berbuka lebih kurang 15 minit kami berdoa bersama-sama sehingga berbuka puasa. Doa ketika siang dan malam buka puasa makbul. Alhamdulillah masih diamalkan sehingga hari ini.

Saya berdoa namun sambil senyum-senyum sebab nampak makanan banyak. Budak-budak lagi. Tiba-tiba saya nampak jemaah dan pelajar Indonesia mereka cuma ada sedikit makanan dan kurma cuma 2 dulang. Mereka semuanya menangis semasa berdoa, sambil tersedu-sedu.

Malamnya saya cuba tanya pada mereka kenapa menangis. Jawab mereka, syukur dengan nikmat Allah dan teringatkan Nabi SAW dan keluarga Nabi SAW lapar demi kerana Allah dan sehingga jadi sebab kita semua dapat Islam. Kami menangis bersama-sama.

Hargailah Islam ini dan Sunnah Nabi saw-ebitlew

Sumber : Ebit Lew

Add Comment