Tinggalkan Dunia Hiburan Demi Mencapai Impian, Najwa Latif Bakal Bergelar Doktor
Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Sebut saja nama Najwa Latif, sehingga sekarang ramai masih ingat impak yang ditinggalkan penyanyi ini dalam industri muzik tempatan. Sudahlah berbakat dalam bidang nyanyian malahan berpelajaran tinggi selain menjadi pensyarah di Universiti Antarabangsa UNITAR.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Kini, gadis comel molek ini sedang menyambung pengajian diperingkat falsafah (PhD) dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Malah turut bergelar seorang pengajar dalam jurusan yang sama, pelantun lagu ‘Cinta Muka Buku’ ini dahulunya menamatkan sarjana tertingginya di Universiti Malaya (UM). Masih lagi meminati jurusan yang sama, gadis ini sebenarnya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (kepujian) di UNITAR pada tahun 2017.
Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya ke-27, gadis itu berasa bersyukur dapat melanjutkan pembelajaran di peringkat tertinggi. Jelasnya lagi, pencapaian peribadinya itu amat luar biasa dan cukup teruja membayangkan gelaran doktor yang akan disandang kelak sedangkan tidak pernah meminati akademik sebelum ini.
menganggap ia merupakan satu permulaan yang baharu untuk memperbaiki diri dalam subjek yang diminati. Menerusi portal Nona itu juga, Najwa memaklumkan laporan kaji selidik bagi tesisnya masih dalam proses. Pada akhirnya, artis ini berharap agar pencapaian itu boleh dijadikan inspirasi kepada anak muda.
Sumber Dan Rujukan
- Portal Nona
- p.news