Walaupun Pembelajarannya Sehingga Darjah Enam, Anak Muda Ini Peroleh Pendapatan Lebih RM 1 Juta Ringgit

Peroleh Pendapatan Lebih RM 1 Juta Ringgit

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Mencari pekerjaan sekarang ni bukannya senang, walaupun ada sijil, Diploma, Degree mahupun Master ia masih tidak menjamin untuk mendapat kerjaya yang bagus. Saipol Azmir Zainuddin menghabiskan pembelajaran sehingga darjah enam sahaja. Tetapi berkat usaha gigih dan rezeki Allah, pengembala muda ini peroleh pendapatan lebih RM 1 juta ringgit hasil jualan lembu pada tahun lalu.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Dapat Gaji Pertama, Beli Lembu

Macam kami bagitahu tahu, Saipol telah mendapat pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan lembu pada tahun lalu. Walaupun menghabiskan pembelajaran pada darjah enam tetapi itu yang dibuktikan Saipol dengan hasil kerja keras dan usaha memulakan ternakannya dengan hanya seekor lembu.

Walaupun berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya kerana itu impian sejak kecil.

Saya tak sekolah pun bukan saja-saja tapi kerana mahu bekerja sebagai buruh binaan membuat rumah.

Tambah Saipol, dia beli seekor anak lembu berharga RM450 dengan gaji pertamanya sebanyak RM750 sebulan, untuk tujuan menternak dan dibiakkan.

Sejak dari itu, setiap kali dapat gaji bulanan saya akan beli seekor anak lembu. Hasilnya, pada usia 18 tahun saya berjaya memiliki 300 ekor lembu.

Sepanjang tempoh itu, saya dengan bantuan ayah (Zainuddin Mat Yatim, 69,) menternak dan menjual lembu kepada penduduk kampung.

Duit yang saya dapat hasil jualan lembu saya simpan kerana impian saya adalah untuk memiliki ladang ternakan sendiri.

Miliki Rumah & Kenderaan Sendiri Sebelum Kahwin

Ketika berusia 19 tahun dia mula menjual lembu secara serius dan untuk pengetahuan anda, dia sudah memiliki kenderaan dan rumah sendiri sebelum berkahwin.

Kini, Penerima Anugerah Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015 itu mempunyai 700 ekor lembu, 150 ekor kambing serta 30 ekor kerbau. Saipol juga sudah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan 5 cahaya mata.

Saya kemudian buat pinjaman dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebanyak RM100,000 melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bagi mengembangkan ternakan lembu.

LPP dan PPK Kual@ Langat juga banyak membantu saya dari segi pasaran dan promosi ke seluruh negara. Selain itu, jualan juga dilakukan melalui media sosial seperti WhatsApps dan Facebook.

Kumpul Duit, Beli Tanah

Selepas” beberapa tahun mengumpul duit hasil’ jualan lembu, Saipol mengambil keputusan untuk beli tanah lebih 0.8 hektar untuk menempatkan .ternakannya.

Kebanyakan lembu di sini baka tempatan, bukan diimp0rt dari ..luar negara. Sambutan sangat menggalakkan terutama apabila tiba .musim korban.

Saya akan pastikan ternakan sihat dan tidak berpenyakit sebelum dijual kerana tidak mahu pelanggan menghadapi sebarang masalah. Lembu di sini juga ditandakan supaya pembeli tidak rasa tertipu ketika ia dihantar. ke destinasi mereka kelak.

Biasanya lembu yang mengalami masalah kesihatan akan saya kuarantin bagi mengelak ia berjangkit kepada lembu-lembu lain.

Semakin Berjaya

Saipol yang mempunyai ladang di Kampung Endah, Banting, Selangor kini ada enam pekerja berjaya dan sedang membina sebuah kandang fidlot yang mampu memuatkan sehingga 500 ekor lembu.

Kos infrastruktur kompleks kandang dan ladang rumput napier say@ berjumlah RM500,000 dan sudah beroperasi sepenuhnya.

Ini memberi …petanda positif kepada saya untuk terus bergerak maju pada masa depan.

Saya juga menawarkan kursus …ternakan kepada merek@ yang berminat. Golongan muda boleh mengambil kesempatan ini untuk memulakan projek ternakan masing-masing.

Sumber Dan Rujukan

  • thepostbd Via
  • Majalah Ilmu

Add Comment