Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Seorg lelaki ini temui GPS pd helang dan lihat sendiri rekod prjalanan helang itu sepnjang tahun… Yg mjadi persoalan terdapat suatu tempat yg xpernah dikunjungi oleh helang ini dan mbuatkan saintis keliru dan mjadi tanda tanya..
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Helang merupakan makhluk ciptaan Tuhan yang sangat hebat bukan sahaja disebabkan oleh rupanya tetapi juga kepintaran serta kemahiran helang dalam melakukan aktiviti pembu ruan.
Jadi, tidak hairanlah mengapa burung helang seringkali dijadikan sebagai maskot mahupun simbol kepada sesebuah negara.
Baru-baru ini tular satu insiden yang mengagumkan mengenai perjalanan seekor helang sekali gus mencetuskan banyak persoalan dalam kalangan netizen.
Seorang pemuda bernama Fahd Qash dari daerah Jizan, Arab Saudi telah menemui badan seekor helang sewaktu sedang bersiar-siar. Lebih mengejutkan lagi, setelah diperiksa dengan teliti, Fahd telah menemui sebuah peranti GPS bersama-sama dengen emel pemiliknya pada badan helang itu.

Rupa-rupanya, dikatakan sekumpulan saintis telah melakukan kajian mengenai lokasi penghijrahan helang dan helang itu merupakan salah satu daripada 20 ekor helang lain yang dijadikan sebagai bahan ujikaji mereka. Peranti GPS berkenaan berjaya merekodkan semua lokasi perjalanan yang pernah dilalui oleh helang berkenaan.

Dilaporkan bahawa dalam tempoh setahun, kesemua helang terbabit pernah terbang dan singgah ke banyak negara namun tidak pernah pergi ke laut. Meskipun telah singgah ke banyak negara sekitar Timur Tengah, para saintis masih lagi bingung mereka helang-helang ini mengelakkan diri mereka daripada terbang ke kawasan perairan seperti Laut Caspian dan Laut Merah.

Sekumpulan penyelidik yang menggelarkan diri mereka sebagai British Birds pernah menjejaki sebanyak 16 helang spesies Steppe dan mendapati bahawa jarak penerbangan harian yang paling panjang pernah dicatatkan oleh helang-helang berkenaan adalah sebanyak 355 km!
Berdasarkan kitaran tahunan, dilaporkan seekor helang akan menghabiskan sekitar 31.5% di kawasan salji, 41.9% di kawasan pembiakan dan selebihnya iaitu sebanyak 26.6% untuk bermigrasi.
Statistik ini bersama-sama dengan peta tersebut membuktikan bahawa helang merupakan haiwan yang sering berpindah dan menjelajah ke pelbagai tempat.
Nampaknya, helang lebih banyak mengembara berbanding kita sebagai manusia. Seronok jadi helang ya?
Kenapa Mesti Burung Helang?
Setelah mengkaji terdapat kebaikan sifat-sifat burung helang yang jarang kita ketahui, walhal kita jarang melihat burung tersebut. Kalau korang perasan kenapa ten tera Ame rika meletakkan gambar burung helang pada logo tentera mereka? Sudah tentu ada kebaikan yang tersirat di sebalik logo burung helang.
Antara kebaikan sifat-sifat burung helang ialah berani, yakin dan bijak bertindak. Betul ke ni? Teruskan membaca ye.
1. Berani: Burung helang memiliki sifat berani yang sangat tinggi, contoh cuba korang lihat di mana burung tu buat sarang. Sudah tentu di puncak gunung yang tinggi. Peh… belum ada binatang berani buat sarang di puncak gunung yang tinggi.
2. Yakin: Selepas buat sarang di puncak gunung, sudah tentu dia akan bertelur dan bakal menimang cahaya mata. Selepas anak burung menetas dan semakin membesar, si ibu burung tersebut tidak mengajar anaknya terbang. Apabila sampai tahap yang dijangkakan, si ibu akan menyepak (Free kick) anaknya jatuh dari sarang yang tinggi tadi, tetapi si ibu yakin anaknya akan terbang semula naik ke atas. Ternyata anaknya naik semula ke sarang. Begitulah keyakinan burung helang.
3. Bijak Bertindak: Ketika burung helang terbang dalam cuaca hujan, burung tersebut tidak mengalami kebasahan. Apa pulak tak basah? Dia guna baju hujan ke? Sebenarnya burung helang akan terbang di atas awan semasa cuaca hujan. Kalau terbang bawah awan dah tentu kena hujan.
Ok ye, stakat tu sahaja cerita pasal burung helang, esok lusa masuk bab burung punai pulak…ha ha gurau je. Jika korang merasakan cerita ini berfaedah, korang boleh klik LIKE atau copy dan tak perlu minta izin daripada aku. Sekian terima kasih.
Sumber: Bored Panda