Petani Jumpa Batu Berlian Bernilai RM327,000 Ketika Menggali Tanah Yang Disewanya

Petani Jumpa Batu Berlian Bernilai RM327,000 Ketika Menggali Tanah Yang Disewanya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Petani yang dikenali sebagai Lakhan Yadav, 45, menemui berlian 14.98 karat itu ketika menggali tanah di tapak yang disewanya bulan lalu di Madhya Pradesh. Batu berlian yang ditemuinya itu adalah bernilai lebih kurang RM327,000!

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa tahu. Seorang lelaki langsung tidak menyangka kehidupannya akan berubah ketika sedang mengusahakan tapak tanah yang disewanya.

Dia segera membawa batu itu ke pakar batu berlian di daerah tersebut dan pakar berkenaan mengesahkan batu tersebut adalah berlian yang bernilai lebih dari £60,000 (lebih kurang RM327K)

Yadav pada awalnya menyangka batu tersebut sebagai batu kerikil. Tetapi setelah menggosok kotoran pada batu itu, dia melihat batuan itu bersinar dan berbeza dari batu lain.

Yadav berkata, dia akan menyimpan sebahagian wang itu untuk kegunaan pendidikan anaknya yang lebih utama berbanding kehendaknya yang lain.

Petani itu kemudian menjual berlian tersebut. “Ini telah mengubah hidup saya,” katanya memetik dari laporan Times of India.

Dia juga telah membeli sebuah motosikal dengan tanah seluas dua hektar serta dua ekor kerbau dengan wang yang diterima sebagai ganti rugi kerana pihak Taman Negara Panna telah mengambil alih tanah tempat tinggal keluarganya untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan spesis harimau.

Yadav berkata, dia tidak akan berhenti dan akan terus mencari berlian dan berharap akan menemui batuan itu lagi di tanah yang akan diusahakannya beberapa bulan lagi.

“Saya membeli sebuah motosikal kerana dinasihatkan oleh anak saudara saya. Tetapi saya cukup sekadar menunggang basikal,” katanya.

VIDEO DARI YOUTUBE

Murah sungguh rezeki dia, kalau la min yang jumpa, boleh min belanja rakyat mesia huhu

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber Dan Rujukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *