Kanak-kanak ini kagum, minta bergambar dengannya, Terima kasih abang lori sampah!

Kanak-kanak ini kagum, minta bergambar dengannya, Terima kasih abang lori sampah!

Anak-anak kecil sering kali memiliki seseorang yang diidolakannya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh ibu bernama Eyja Rahim itu, dia menjelaskan anak lelakinya sangat menyukai lori sampah dan membuatkan mereka sanggup menunggu kepulangan ‘abang’ lori sampah di kawasan pembuangan sampah.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Jelas kelihatan dalam video itu, si ciliknya berlari ke arah abang lori sampah tersebut dan kegembiraan kanak-kanak itu dapat dilihat apabila mereka bergambar bersama.

Anak-anak kecil sering kali memiliki seseorang yang diidolakannya.

Tidak kira wira kartun mahupun ibu bapa sendiri, pasti ada seseorang yang dikagumi oleh seseorang anak kecil.

Namun, siapa sangka, bagi anak kecil di Malaysia ini, seorang ‘abang lori sampah’ menjadi susuk tubuh yang dikaguminya!

Dalam petikan laporan The Rakyat Post, menerusi perkongsian video yang dimuat naik ke laman TikTok (eyjarahim), wanita ini berkongsi kisah anak lelakinya yang mengagumi seorang pekerja pembersihan.

Malah, lapor The Rakyat Post lagi, anak kecil itu akan teruja dan mengajak untuk berjumpa ‘abang lori sampah’ itu setiap kali ternampak kelibatnya di kawasan tersebut.

LIHAT VIDEO Tik TOk PENUH DISINI

Mujur anak kecil itu akhirnya mengumpul semangat untuk akhirnya ‘berdepan’ dengan pekerja pembersihan itu untuk bergambar!

Dalam kesempatan itu juga, lapor The Rakyat Post, kanak-kanak itu turut mengucapkan terima kasih kepada pekerja berkenaan kerana melaksanakan tugas dengan baik sehingga dia sendiri bercita-cita untuk bekerja dalam bidang pembersihan apabila dewasa kelak.

Video tersebut juga menerima pujian netizen di ruangan komen di mana kebanyakan mereka meluahkan rasa kagum dengan hasil didikan ibu bapa kepada kanak-kanak sehingga menghargai pekerja pembersihan yang banyak berjasa dalam menjaga kebersihan kawasan persekitaran.

Malah ada juga yang berasa sebak melihat budi pekerti kanak-kanak lelaki itu serta mendoakan agar mereka menjadi insan yang berjaya pada masa akan datang.

“Dia kata “kerja angkat sampah baik. Kasih sayang.” Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan kerenah anak kami,” ujar ibu itu di ruangan kapsyen.

“DIDIKAN MAK AYAHNYA SANGAT HEBAT…”

Video tersebut menerima 1,300,000 tontonan dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri komen warganet yang memuji cara didikan mereka dan turut teruja melihat kedua-dua si kecil itu bergambar bersama abang lori sampah. Wah pandai dan comel betul ya.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Komen Dari Natizen

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber Dan Rujukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *