Ibu Ada Anak Kecil Wajib Tahu Panduan Solat Sambil Dukung Bayi

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Waktu solat dah lama masuk, tapi anak kecil masih tak mahu lepas dari dukungan untuk ibu menunaikan solat. Masalah ini selalu dihadapi oleh suri rumah yang punya bayi dan tinggal sendiri.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Ada masa bayi mungkin boleh ditinggalkan seketika tapi ada ketikanya si kecil meragam. Bila diletakkan untuk memberi ruang ibu bersolat walau sekejap mulalah bayi menangis hingga kadang-kadang membuatkan ibu tak sampai hati malah hilang khusyuk.

Namun masalah ini seharusnya tidak menjadi alasan untuk para ibu melengahkan atau mening galkan solat. Apatah lagi Islam adalah agama yang memudahkan dan sudah tentu ada cara untuk memudahkan kaum ibu dalam hal ini.

Disebut dalam hadis

Sebenarnya jika berdepan situasi ini seseorang ibu itu dibenarkan mendukung bayi sambil bersolat. Perkara ini ada disebut dalam hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Qatadah al-Ansari ra :

“Sesungguhnya Rasullulah s.a.w menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasullulah s.a.w dengan suaminya al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud , baginda meletakkannya apabila bangun, baginda mendukungnya semula. (Al-Bukhari,Sahih al-Bukhari)

Diharuskan

Dalam hal ini adalah diharuskan oleh ibu untuk mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Namun begitu sudah tentu ada syarat-syarat yang harus ibu patuhi;

1. Pastikan anak bersih dari najis, sebaiknya tukar lampin anak sebelum ibu bersolat.

2. Kawal pergerakan. Pergerakan yang dibenarkan atau tidak membatalkan solat iaitu tidak bergerak melebihi tiga kali berturut-turut.

3. Dada sentiasa mengadap kiblat.

4. Hanya dilakukan ketika keadaan memaksa. Adalah lebih baik anak dijaga seketika oleh orang lain ketika ibu bersolat.

Cara solat sambil mendukung bayi

  • Anak yang didukung harus dibersihkan dari sebarang najis.
  • Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.
  • Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.
  • Baca surah al-fatihah seperti biasa dan sudah pilihan jika keadaan mengizinkan.
  • Rukuk dengan tangan memegang erat bayi, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.
  • Semasa mahu sujud, letakkan bayi dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.
  • Laksanakan langkah ini hingga solat selesai.

Untuk lebih jelas disertakan juga panduan bergambar seperti berikut.

Sumber: kemusykilan. islam. gov. my (JAKIM)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *