Ada Diploma dengan CGPA 3.5, Pemuda Ini Share Pengalamannya Kerja Swasta dan Kerja Kerajaan

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Sedikit pengalaman yang aku ingin kongsikan tentang kerja swasta dengan kerja gomen. Aku seorang pekerja gomen dan juga pernah menjadi pekerja swasta sebelum masuk kerja gomen. Sebelum ni aku kerja di sebuah syarikat swasta di utara malaysia. Lepasan graduan diploma separa perubatan yang memegang pointer CGPA sekitar 3.5 sahaja.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Kenapa kerja swasta? sebabnya menunggu posting yang tak kunjung tiba. Sambil menunggu tu aku cari lah pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan sebagai pemegang diploma yang berkaitan di seluruh pelusuk negeri penang.

1 hari mencari pekerjaan barulah aku tahu betapa sukarnya mencari kerja untuk diploma yang berkaitan dengan gaji mengikut nilai pasaran. Barulah aku memahami keluhan graduan-graduan ipta/ipts di luar sana. aku sangkakan graduan separa perubatan selamat dari isu pengang guran ni tapi gerimis mengundang tuan puan. Berdepan temuduga dengan seorang doktor di sebuah klinik bertanyakan kepada untuk terangkan tatacara pengambilan tekanan darah. Terangkan ye bukannya pasangkan. Aku berjaya.

Tetapi wujud pula isu pekerja lelaki sukar untuk bekerja dengan pekerja perempuan kerana sebelum ni selalu terjadi salah faham antara pekerja. Gaji basic yang dipinta adalah RM1.5k tetapi ditawarkan 1.1k sahaja. RM1.1k hidup di penang ibarat hamba abdi sahaja. Pergi kerja, balik kerja. Gaji semuanya habis dengan perbelanjaan bulanan. Syukurnya aku tidak mempunyai hutang PTPTN untuk dibayar. cuma ada loan motosikal 110cc bernilai RM160 setiap bulan. Dengan sewaan rumah di penang berharga RM700 untuk sebuah rumah kosong kalau aku sewa berseorangan pastinya terpaksa berikat perut setiap bulan.

Aku cuba mencari pekerjaan di tempat lain yang lebih berbaloi. Diterima bekerja di sebuah pusat dialy sis dengan gaji permulaan RM1200 membuatkan aku agak tertekan. Kerana tiada pengalaman aku diberi gaji sebegitu itu. Apa guna pengalaman praktikal selama 1 tahun 5 bulan di pelbagai jabatan seandainya aku hanya diberi gaji seorang pekerja sebuah restoran makanan segera ? Bukan menghi na tetapi lebih berbaloi bekerja di restoran makanan segera kerana Benefit yang ditawarkan oleh restoran makanan segera lebih banyak. Tetapi kerana berminat untuk mencari pengalaman dalam bidang ini aku teruskan juga.

Mula masuk bekerja 1 hari aku rasa agak gembira. semua staff menyambut baik kedatangan pekerja baru. Tetapi sisi gelapnya tempat ini aku masih tidak tahu. selepas berbulan bekerja barulah aku tahu penangannya bekerja swasta.

Pertama sekali, bekerja di syarikat ini tiada sistem gred. Walaupun jawatan berlainan dan kalian mempunyai diploma, kalian tetap dilayan sebagai pekerja baru. freshy memang akan menjadi lauk setiap kali masuk kerja. Gaji minta lebih sikit pun akan ada pekerja lama yang berbunyi. Eh kenapa freshy masuk gaji RM1.2. Dibandingkan dengan gaji dia dan pengalaman kerja dengan sijil SPM dia RM600 dulu.

Langsung tidak dikira dengan jumlah bebanan kerja, dan jumlah pesa kit. Seorang pesa kit setiap bulan membayar hampir RM3k untuk rawatan dengan jumlah pesa kit sekitar 90 orang agak-agak berbaloikah gaji sebanyak itu? Pekerjaan multitask dengan jumlah pesa kit sebanyak itu. Ini semua kerja gi la. Syarikat saban tahun banyak membuka cawangan dan side bisnes. tetapi masih dikatakan tiada keuntungan untuk memberi gaji lebih.

Multitask di swasta agak berbeza berbanding bekerja di kerajaan. Di kerajaan sure anda akan multitask. semua kerja anda buat tetapi terhad kepada gred, jawatan dan di mana anda bekerja. Anda takkan buat kerja pengkeranian kerana anda ada kerani yang boleh buatkan untuk anda. Multitask bukanlah benda buruk tetapi ia adalah penilaian terhadap kompetensi seseorang pekerja baru. Untuk pekerja baru tau, bukan pekerja lama. Untuk jawatan aku, beban kerja memang banyak.

Tetapi ia bergantung kepada jumlah pesa kit yang hadir mendapatkan rawatan. tidak selalu akan dapat 300 orang pesa kit setiap hari. Kadang-kadang hanya 150 sahaja. tetapi tak terusik nilai gaji di dalam akaun bank. Ktu sebab pekerja swasta selalu iri hati dengan pekerja kerajaan bila nampak je pekerja kerajaan ni makan kerepek dekat kaunter. Seolah-olah mereka bersenang lenang sedangkan kerja kerajaan lebih sistematik dan mereka mempunyai skop kerja mereka sendiri. itu sebabnya pekerja diberikan uniform bagi membezakan gred, jawatan dan skop kerja.

Kalau di swasta, makan kerepek di kaunter, orang atasan dah sah bagi sebijik “hey u takdak kerja ka nak buat?”. pengalaman sendiri apabila aku baru sahaja selesai menghabiskan kerja. Yes kerja di swasta takkan pernah habis. 8-5pm seandainya korang memilih kerja yang sibuk maka sibukkanlah diri anda sehingga jam 5. Tu tak masuk sa kitnya hati kalau orang orang lama ni “taichi” semua kerja mereka kepada kita sedangkan gaji tiap-tiap bulan masing-masing ambil sama. Halalkah kerja sebegitu?

Selesai tentang job scope dan multitask mari aku ceritakan pasal gaji. Tentang gaji pula, Freshy yang baru masuk dengan diploma paling leceh mesti RM1.7k tu tak termasuk elaun yang disediakan kerajaan sehingga boleh cecah RM2.7k. untuk freshy. Dengan kenaikan gaji tahunan sebanyak RM145 setiap tahun dan akan meningkat mengikut gred. Selain itu, gaji sudah dipaparkan awal-awal di laman web portal Rasmi SPA jadi maklumat itu amat mudah untuk perancangan masa hadapan.

Kalau bekerja di swasta pengalaman aku hampir 5kali aku jumpa atasan bertanyakan soal “Bila dan macam mana untuk saya mencapai tangga gaji RM2k dalam masa yang cepat?” soalan aku dijawab dengan “tunggu dulu, nanti u kerja lama boleh la i kasi gaji u naik”. Hitam putih yang kau ada adalah pada surat tawaran kerja dengan surat confirmation kerja setelah bekerja selama 3 bulan.

Jadi surat tawaran kerja pada awalnya korang perlu betul-betul demand gaji yang korang perlukan. kalau tak jadilah macam aku. 6 bulan kerja baru mencapai tangga gaji RM1.6k dengan kerja yang multitask, kakitangan yang toksik dan pesa kit yang amat fussy. Overtime di swasta pula amat murah berbanding overtime di kerajaan kerana ia dikira mengikut gaji basik. 6 hari bekerja 1 hari cuti dengan kerja 10 jam kerja yang 2 jamnya OT. Gaji bulanan tak pernah nak cecah RM2k guys.

Kerja kerajaan cuma 7 jam sehari untuk yang bekerja syif, kalau kena OT pun memang berbaloi jadi amat mudah untuk merancang kewangan. kalau OT pada Public Holiday lagi berbaloi.

Itu soal gaji, seterusnya adalah dari segi benefit-benefit lain. Di swasta cuti tahunan hanyalah 12 hari setahun. Ye tuan puan 12 hari setahun dengan susahnya untuk apply cuti disebabkan syarikat swasta kurangkan kos membayar pekerja mereka. Bayar ot lebih murah dari bayar gaji. Sehari dalam sebulan sahaja cuti. Kerja gomen cuti rehat banyak. Kalau Public Holiday bekerja memang masyuk. Kerja kerajaan ni Public Holiday tak silap aku semua Public Holiday diambil. Kalau swasta certain Public Holiday je yang majikan ambil.

Pasal EPF, KWSP tu Kerajaan pun ada sediakan kemudahan GL, WAD kepada pekerja mereka. KWSP dan skim pencen boleh dipilih selepas tempoh Confirmation kerja. Beza swasta dengan kerajaan juga adalah dari segi tempoh confirmation kerja. Kerajaan tempoh dia amat panjang dan swasta pula hanya 3 bulan biasanya.

Aku cerita benda ni dari segi pengalaman aku ketika itu. Kerja swasta sebenarnya boleh buat banyak duit berbanding kerajaan. Pergi tengok Jobstreet, Maukerja. Ramai majikan demand nak bagi gaji tinggi untuk pekerja yang mempunyai banyak experience dalam kerja dan mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu. Kalau kena dengan majikan yang bagus maka baguslah perjalanan kerjaya anda. Kalau dapat majikan yang haprak maka berdoalah dapat majikan yang bagus. Nasihat aku, Kerja ni adalah pilihan kita. Kita pilih kerja yang kita minat maka bestlah sepanjang kerja tu. Tak rugi pun sebenarnya tukar-tukar kerja ni.

Cuma bahaya kalau korang dah banyak sangat komitmen sebab rate gaji tu bertukar-tukar. Dalam gomen pun ada jugak superior yang fussy. Tak puas hati boleh laporkan kepada biro pengaduan awam. kalau yang banyak makan duit senyap-senyap tu report kepada SPRM. tak perlu gaduh-gaduh. Setiap perkara ada saluran aduan dia. Kalau kerja gomen, boleh jugak buat side bisnes. Yang penting maklumkan kepada ketua jabatan dan jangan lupa buat pengyistiharan harta. Aku tahu banyak sangat korupsi dalam jabatan kerajaan. banyak sangat terutama isu claim palsu dan sebagainya.

Akhir kalam, kerja ni adalah rezeki kita. Berkat rezeki kalau kerja tak berkira. Ni kerja asyik delegate pada orang, hilang dari kawasan kerja. Berkat ke gaji macam tu? dah la nak bagi anak-anak makan. Bagi anak-beranak makan benda haram. Jangan cakap orang gomen je asyik hilang waktu kerja. yang swasta pun sama je. Ada je yang hilang terutama yang jenis kaki kipas. Jadi be fair. Last aku nak rant adalah pasal pekerja swasta suka lah demand macam seorang raja bila pergi pejabat kerajaan. Sesungguhnya kita sama-sama pembayar cukai.

Janganlah anggap pekerja gomen ni macam hamba abdi anda dengan alasan anda membayar cukai sedangkan sama-sama membayar cukai. Kalau nak cakap pun cakaplah pada orang politik sebab gaji mereka besar. Ramai dari kerajaan yang lari ke swasta sebab gaji yang mengiurkan dan beban kerja yang kurang. Juga ramai pekerja swasta lari bekerja di kerajaan kerana kelebihannya tersendiri.

Pilihan di tangan anda, sekian wasalam perkongsian saya.

Sumber :  Pidot via IIUM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *