Tikar ini buat bayar yuran periksa kamu, nak

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Tadi usai ceramah motivasi di sebuah sekolah di pesisir Sarawak, guru besar sekolah tersebut memberikan sedikit rumusan. Alangkah tersentuhnya hati mendengar kisah masa lampaunya.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

” Saya bukanlah anak yang pandai semasa zaman sekolah. Ayah saya sering membawa saya ke huma bila saya tidak mahu bersekolah. Di sana saya melihat ayah bertungkus lumus menanam padi.. saya di suruh menebas.. Bila kepala terasa bahang akibat terik matahari.. Saya cuba berteduh di dangau.

Ayah menjerit memanggil saya supaya terus menebas… Saya mahu berehat… Akhirnya ayah datang membawa pa rang. Kamu ambil ini.. kamu tebas semak di sana.. Ayah menunjukkan satu kawasan yang luas.
Saya tak larat… Rayu saya pada ayah.

Kalau kamu tak mampu untuk berhuma macam ayah.. Kamu kena ke sekolah.. Di sana sahaja kamu boleh ubah hidup supaya tak jadi susah macam ayah. Kalau kamu malas ke sekolah.. Tempat kamu di kebun ini. Tapi di sini kamu kena kerja keras.

Saya menundukkan kepala.. mengangguk-anggukkan. Betul kata ayah. Tempat saya bukan di kebun dan sawah. Saya kena ke sekolah. Sejak itu saya tak malas ke sekolah.

Satu ketika semasa tingkatan 5 saya agak culas dan malas belajar. Saya tak kisah sangat tentang masa depan. Rumah saya agak daif. Dindingnya dari kulit kayu dan beratap nipah. Biasalah itulah pemandangan rumah di kampung melayu pesisir sekitar tahun 70an.

Hasrat saya hanya mahu kerja di bandar dan keluar dari kampung. Pernah seketika saya mahu memberitahu mak saya nak berhenti sekolah bila saya berada di tingkatan 5. Nak hijrah ke Kuching dan bekerja di kedai-kedai di bandar. Bila saya masuk je ke rumah.. Saya lihat mak sedang menganyam sehelai tikar. Di biliknya ada 3 tikar mengkuang yang sudah siap.

Sebelum saya mahu meluahkan hasrat.. Saya bertanya pada mak. Mak.. Tikar ni untuk siapa? Mak jawab, tikar ni mak nak jual. Alhamdulillah dah ada yang tempah. Duit tikar ni pun dah dibayar. Ni duitnya 100 ringgit. Untuk bayar yuran SPM kamu. Belajar lah sungguh-sungguh.

Mak nak kamu jadi pandai.. Mak nak kamu jadi cikgu. Mak nak kamu hidup senang dari mak dan ayah sekarang. Walaupun mungkin mak tak sempat tengok kamu dapat sijil cikgu. Tapi mak bersyukur sebab mak ada cari duit untuk kamu belajar tinggi dan perbaiki masa depan kamu.. kata mak sambil menghulurkan gulungan wang merah yang berkedut.

Saya menghela nafas.. Ya Allah.. Saya baru mahu berhenti.. Tapi mak pula terus mengharap. Saya duduk di sebelah mak.. Saya ambil duit.. Dan saya cium lutut mak yang sedang bersila sambil menangis… Saya janji mak.. Saya belajar rajin rajin. Saya akan ubah hidup kita nanti. Mak mengusap kepala saya. Dan akhirnya kini saya berjaya jadi seorang guru besar…dan tentu mak bangga dengan saya. “

Demikianlah sedikit perkongsian seorang guru besar kepada saya tadi. Berbeza dengan generasi yang melalui PEPERIKSAAN PERCUMA. berbanding generasi dahulu yang begitu kuat cabaran hidup namun kita tetap berjuang demi ibu dan bapa. Bagi generasi kini tolong berubah sikap. Lakukan yang terbaik demi kebahagiaan ibu dan ayah.

Sumber; Cikgu Emmet Menulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *