Seekor Dua Lalat Berterbangan Di Dapur Jangan Biarkan Saja, Ni Cara Mudah Kita Perlu Buat Nak Halaunya!

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Melihat lalat seekor dua berterbangan di ruang dapur saat kita buat persiapan memasak atau menghidang makanan memang geram dibuatnya. Tahu-tahu sahaja si lalat ni, tajam betul deria baunya. Hendak di sembur dengan racun serangga terasa tidak selesa pula kita nanti, apatah lagi jika ketika itu hendak menjamu selera.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Jadi apa penyelesaiannya? Takkan dibiarkan bebas berterbangan.

Sebenarnya, terdapat beberapa petua dan cara untuk menghalau lalat tersebut dengan menggunakan bahan-bahan natural dan kesannya lalat tidak lagi bebas berterbangan di ruang kediaman kita. Nak tahu bagaimana carannya, jom ketahui apa yang diamalkan oleh Marina Mar Mawar.

Bahan-bahan:

Kulit kayu manis

Bunga lawang

Bunga cengkih

Cara Buat :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas kecil.
  2. Letakkan sedikit air.
  3. Letakkan di atas meja makan.

“Dah ada yang mencuba petua ini..memang terbukti lalat menjauhi kawasan yang ada mangkuk tersebut….alhamdulillah

“Petua ini dapat tahu waktu lepak di Cafe The Train kepunyaan Hilal Azman (pelakon) berdekatan KTM Taiping.”Marina Mar Mawar

Selain petua yang dikongsikan ini, terdapat beberapa lagic ara yang boleh diamalkan untuk  halau lalat ini tanpa menggunakan racun serangga. Nak tahu bagaimana jom semak.

  1. Gunakan lilin

Nyalakan sebatang lilin di atas meja makan dan dengan cara ini lalat tidak akan hinggap pada makanan yang dihidang.

2. Hirisan cili

Ambil sebiji cili merah dan dihiris dua. Letakkan di dalam bekas, aroma cili yang pedas tidak digemari oleh lalat dan ini akan memberi kesan efektif untuk menghalau lalat.

3. Daun kari

Ambil beberapa helaid aun kari dan letakkan di dalam bekas berisi air. Biarkan terdedah di atas meja makan. Cara ini dapat menghalau lalat kerana aroma daun kari yang kuat tidak disukai oleh lalat.

4. Plastik berisi air

Cara yang sering digunakan oleh peniaga untuk menghalau lalat dan boleh kita praktiskan di rumah juga. Sangat mudah, isikan plastik jernih dengan air dan kemudian masukkan beberapa keping syiling dan diikat kemas sebelum digantung. Dikatakan biasan air jernih itu akan mempengaruhi penglihatan lalat.

Sumber: Rencah Rasa 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *