Perhatian Bakal Pengantin Bila Nak Kahwin Nanti Kena Hafal 3 Surah Ini. Ingat Ya..

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Adalah menjadi keutamaan sebagai ketua keluarga memberikan didikan agama kepada isteri dan juga anak-anak. Rata-rata punca penceraian yang berlaku kerana lemahnya agama di pihak suami. Maka akan terabai lah perkara-perkara lain seperti tanggungjawap kepada isteri dan keluarga.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Selain daripada menjaga solat lima waktu bersama isteri dan anak-anak. Suami amat digalakkan untuk menghafal 3 surah ini demi kesejahteraan keluarga. Yang masih bujang dan boleh mula belajar menghafal tak rugi pun.

Ini adalah 3 surah yang perlu dihafal:

  1. Surah Al Kahfi Ayat 15 – untuk anak yang degil boleh jadi lembut hatinya
  2. Surah Ibrahim Ayat 40 – untuk anak rajin solat dan jadi orang yang baik
  3. Surah Al Furqan Ayat 74 – untuk menjadikan keluarga sebagai penyejuk hati dan mata

Dalam kita mengejar harta dunia, kita kejar nak beli rumah pertama, kita kejar simpanan berpuluh ribu nilainya, tidak lupa kita kena kejar akan akhirat juga. Tiada guna harta dunia yang banyak walhal bila kita mati nanti doa dari anak yang soleh itu lah yang kita akan sentiasa nanti-nantikan.

Kita kejar keduanya, agar hati kita lebih tenang, dan sentiasa rasa bersyukur dan bahagia selalu. In shaa اللّهُ..

Doa Selepas Akad Nikah:

.

5 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Di Hari Jumaat

Hari jumaat adalah penghulu segala hari , hari yang banyak diberi pahala jika melakukan sesuatu lillahi ta’alaa . Hari jumaat juga dikenali sebagai ” sayyidul ayyam ” kerana pada hari ini kaum adam diseru untuk melakukan solat jumaat sebagai ganti solat zohor

Dalam firman Allah ( Surah Al-Juma’ah : 9 )

” Wahai orang-orang yang beriman , apabila kamu diseru untuk melaksanakan solat pada hari jumaat , maka bersegeralah mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli dam itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui ”.

Inilah 5 Perkara Yang Perlu Anda Ketahui Di Hari Jumaat:

1. Mengantuk di Masjid pada Hari Jumaat

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Apabila salah seorang di antara kalian mengantuk ketika berada di masjid pada hari jumaat, maka hendaknya ia berpindah dari tempat duduknya kepada tempat yang lainnya.”

Disahihkan oleh Syeikh Al-Albani. Lihat Ash-Shahihah no.468

2. Hari Jumaat kepada Jumaat Berikutnya Adalah Penebus Dosa

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Hari jumaat menuju Jumaat berikutnya merupakan penebus dosa yang dilakukan di antara keduanya selama ia tidak melakukan dosa besar.”

Lihat Ash-Shahihah no.3623

3. Membaca Surat Al-Kahfi

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat ,maka ia akan diterangi oleh cahaya sampai jumaat berikutnya.”

Lihat Shahihul Jami no. 6470

4. Memperbanyak Selawat

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Perbanyaklah berselawat kepadaku pada hari jumaat dan malam jumaat. Kerana barangsiapa berselawat sekali saja kepadaku, maka Allah akan membalas selawatnya sebanyak sepuluh kali.”

Lihat Ash-Shahihah no. 1407

5. Waktu Mustajab

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya pada hari jum’at ada satu waktu, tidaklah seorang muslim bertepatan waktu tersebut ketika ia berdo’a meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan mengabulkan permintaannya.”

(HR. Muslim)

Di dalam laman web beliau, Ustaz Zaharuddin telah memberi komentar tentang hadith ini:

“Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari 11/203. Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai shalat Jum’at atau sehingga selesai waktu shalat ashar bagi orang yang menunggu shalat maghrib”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *