Resipi Murtabak Daging Guna Roti Paratha Frozen
Semoga perkongsian ni boleh buat ibu atau ayah mahir membuat murtabak yang sedap untuk dimakan bersama keluarga. Insyaallah. Ben nak bagi resepi, tips dan teknik buat murtabak daging cara orang lama. Insyaallah dengan Izin Allah akak dapat murtabak yang begitu sedap. Inti juicy sedap, boleh dipanggil murtabak raja level sedap dia.
Tiada ubi kentang, tak guna serbuk kari, gunakan daging cincang berkualiti serta minyak sapi. Terima kasih banyak pada Cheq Na, Youtuber yang bagi resepi keluarga turun temurun, diguna pakai oleh Ben dengan bahan ummphhh. Jom tengok. Sukatan ini boleh hasil 5 biji murtabak. Mula-mula kita buat kuah jeruk bawang original tanpa sirap;
Bahan Kuah Jeruk Bawang:
- 2 bawang merah besar India sebesar bola pingpong (pilih yang terang warna ungu) nanti dia akan turun dalam kuah jeruk
- 1/2 sudu makan garam kristal pink Halalgel
- 2 sudu makan gula
- 200 ml cuka cap Yakin
Cara Membuat: Ben hiris barang nipis (guna pemotong bawang). Campur semua bahan dan biarkan.
Bahan Inti Murtabak:
- 300 gram daging cincang segar (Ausie Beef) ditoskan dulu.
- 2 sudu makan minyak masak
- 1/2 sudu makan marjerin buttercup
- 1 1/2 sudu makan minyak sapi original cap Ghee
- 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang, buah pelaga)
- 1 1/2 sudu makan rempah kurma
- 1/2 sudu makan garam masala
- 1/2 sudu makan perasa Hilal
- 1 sudu makan gula
- 1 sudu makan garam pink kristal Halalgel
- 4 biji bawang saiz bola pingpong – Dipotong dadu
Bahan Kisar (Kisaran Air Minima):
- 2 ulas bwg putih saiz besar
- 1.5 cm tebal x 3 cm halia
- 1 1/2 bawang merah saiz bola pingpong
Bahan Murtabak:
- Roti paratha kosong Cap Kawan
- 1 biji telur saiz A
Cara Membuat Inti:
1. Dalam kuali, masukkan 2 sudu makan sahaja minyak masak, 1/2 sudu makan marjerin buttercup, dan 1 1/2 sudu makan minyak sapi original cap Ghee. Dah cair semua, masukkan 4 sekawan dan tumis bagi naik bau. Masukkan bahan kisar, tumis lagi bagi pecah minyak dan MASA UNTUK KELUARKAN 4 SEKAWAN.
2. Masukkan rempah kurma (tiada cap sebab Ben beli yang timbang di Mydin), garam masala dan tumis lagi dengan api kecil sampai pecah minyak. Dah pecah minyak minyak cantik, masukkan daging cincang, serbuk perasa Hilal, gula, dan garam pink kristal Halalgel (garam ini kurang masin berbanding garam biasa).
3. Bila daging dah masak, baru masukkan potongan dadu bawang saiz bola pingpong. Jangan masak sampai bawang betul-betul masak tapi sekadar 1/2 masak. Okey dah siap. Nampak ada lebihan minyak semua dalam kuali tu kan? Keluarkan dan letak dalam mangkuk asing, untuk guna selepas ini.
Cara Buat Murtabak:
1. Pecahkan 1 biji telur saiz A (kacau godak) + 3 sudu makan membukit inti daging. Letak lebihan minyak yang dikeluarkan + minyak sapi baru atas pemangang dan boleh masak inti dan telur. Ben guna acuan 4 segi. Tu cantik dapat 1 inci tebal.
2. Sebelum masak inti tu, untuk kulit, tahun 2025 ini Ben guna frozen roti paratha kosong Cap Kawan. Ben canaikan bagi sesuai dengan inti daging. Okey inti dah masak, terus masukkan atas kulit. Seperti biasa alas dengan lebihan minyak + minyak sapi.
3. Masak 4 minit, terbalikkan, 4 minit terbalikkan dan 4 minit lagi. Api sederhana kecil. Dah siap. Tapi kalau bawah tu tebal yang bahagian lipat, lebihkan masa di bahagian bawah tu. Gitu.
Memang puas hati rasa dia disebabkan resepi dan penggunaan bahan yang berkualiti. Selamat mencuba.
Resipi Oleh: Ben Safwan

Leave a Reply