Resipi Cakoi Tanpa Uli Cuma Gaul Saja

Resipi Cakoi Tanpa Uli Cuma Gaul Saja

Semalam punya cerita try dulu buat sikit jadi ke idok. Buat cakoi tanpa uli, hanya adok guna spatula jer.

Bahan-Bahan:

  • 250g tepung gandum (cap ros) ayak 1 kali
  • 185g air biasa
  • 1/2sk baking powder
  • 1/4sk sodabikarbonat
  • 1sk yis mauripan
  • 1sk gula halus
  • 1sb minyak masak jer
  • 1/8sk garam (secubit rasa)

Cara Membuatnya:

1. Dalam bekas satukan air + gula + yis (kacau sebati). Dalam bekas lain satukan tepung + baking powder + soda bikarbonat + garam (seratakan semua bahan bagi sebati).

2. Kemudian masukkan bancuhan yis tadi secara bertahap gaul sebati hanya guna spatula jer, tanpa perlu di uli. Dah siap peram doh hanya 30 minit jer.

3. Dah 30 peram, uli-uli manja sikit dan bulat-bulatkan bagi keluarkan angin pada doh. Selepas tu rehatkan doh sekali lagi hanya dalam 15 minit jer. Tujuannya supaya cakoi dapat menghasilkan ronga rongganya.

4. Dah rehatkan, canaikan doh dan potong ikut besar mana yang kita nak. Tangkupkan doh berpasangan dan bentukkan garis memanjang pada doh dengan copstik, lidi sate atau hujung pisau. Sebelum tu celupkan sikit dengan air supaya tak melekat nanti.

5. Adunan cakoi ni memang lembik yer, tak perlu tambah tepung lagi untuk dapatkan cakoi yang lembut. Kalau melekat cukup sekadar dapukan tapak tangan kita dengan minyak masak saja.

6. Dah siap bentuk semua, goreng cakoi dengan minyak yang banyak dan perlu cukup suhu panasnya supaya cakoi dapat kembang dengan sempurna. Goreng cakoi guna api sedang. Siap!.

Resepi Oleh: Riesha Liena

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*