Penantian 10 Tahun Adam Corrie Berakhir, Isteri Selamat Bersalin Baby Boy

Penantian 10 tahun pelakon Adam Corrie untuk menimang cahaya mata berakhir selepas isterinya, Fazeema Fuad selamat melahirkan bayi lelaki sebentar tadi di sebuah hospital swasta di Ampang.

Adam Corrie mengesahkan berita gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) miliknya sebentar tadi.

Pelakon filem KL Ganster itu melahirkan rasa syukur ke hadrat ilahi atas kelahiran anak sulungnya yang digelar ‘Baby Lee’.

“Alhamdulillah.. bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi.. jutaan terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan kami,” tulisnya.

Rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah di atas berita gembira yang dikongsikan itu.

Adam atau nama sebenarnya, Adam Corrie Lee Abdullah, 50, mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Fazema, 40, pada 21 November 2008.

.

“Semoga Adam dan Fazi diberikan kesihatan yang baik-baik.

Adam dan isterinya, Fazema.

“Alhamdulillah. Selamat berpantang isteri Adam Corrie Lee. Semoga baby menjadi anak yang soleh.

“Assalammulaikum, tahniah tuan Adam Corrie Lee. Moga baby dan ibu bertambah sihat,” tulis beberapa pengikutnya.

Sebelum ini, Adam pernah meluahkan rasa syukur apabila isterinya tidak perlu menjalani pembedahan untuk bersalin.

Menurut pelakon filem KL Gangster ini, dia akan berkongsi nama cahaya mata sulungnya itu selepas tujuh hari dilahirkan.

Adam dan Fazema, 40, berkahwin pada 2008.

Mstar

Add Comment