‘Comelnya! Siap ada selipar..’ – Sambut ‘birthday’ dengan keluarga, kek selipar Bata Tun M jadi bualan

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam dihujani dengan ucapan selamat dan tahniah sempena menyambut ulang tahun kelahiran beliau yang ke-93 tahun.

Selain pemimpin negara dan para selebriti tanah air, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang menggunakan laman media sosial masing-masing untuk memberikan ucapan mereka.

Selain mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau, orang ramai juga berharap agar negara ini terus maju dan gemilang di bawah pentadbirannya.

Namun tiada apa yang lebih membahagiakan apabila menyambut dengan keluarga tersayang setelah seharian menguruskan hal ehwal negara.

Tun siti Hasmah Siap Main Piano

Makan Time

Happy 93rd YAB. #tunmahathir #stillgoingstrong #seliparjepun 🤣

A post shared by Mukhriz Mahathir (@mukhrizmahathir) on

Dalam beberapa gambar yang dikongsi oleh anak dan cucunya di laman Instagram, sebiji kek yang mempunyai hiasan selipar jenama pilihan ramai iaitu Bata pula menjadi perhatian orang ramai.

Sumber : Mukhriz Mahathir

Add Comment