‘Cucu Ke Anak Ni.. Eh! Comel Cucu Puan’ Bonda Rozita Kongsi Pengalaman Ada Anak Kecil Usia Senja

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Usia Bonda Rozita atau nama sebenarnya, Rozita Ibrahim sudah pun memasuki lewat 40-an waktu bersalinkan anak bongsunya, Maryam Nur Amani. Kini, anak bongsunya itu sudah 8 tahun dan ramai juga yang keliru. Ingatkan Amani cucu Bonda Rozita.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Inilah pengalaman ada anak kecil di usia senja yang Bonda Rozita kongsikan dalam instagram miliknya. Dia gelak lucu bila ditanya sama ada Amani itu anaknya atau cucunya.

Cucu ke anak ini. Eh.. macam cucu puan?” Senyum selamba je. Tapi dalam hati cover ‘kemaluan’. Bayangkan saya gelak guling-guling sambil bercerita ini.

Sebab dah tua-tua beranak kecik lagi. Ni pun kalau tak ditampung dengan IUCD memang berisi lagi. Usia macam saya sekarang ini biasanya dah kurang haid atau menapous. Tapi saya alhamdulillah masih sangat banyak datang haid dalam 10 ke 13 hari sama macam saya zaman 20-an.”

Bagus sungguh penjagaan dalaman pengasas Jamu Ratu Malaya (JRM) yang dikurniakan 7 orang anak ini. Bonda Rozita juga banyak berkongsi berkenaan ilmu herba dan perawatan serta penjagaan dalaman wanita di instagram miliknya.

 

Tak Malu Dengan Orang Luar, Tapi Malu Kat Anak & Cucu

Akui beliau lagi, “Ni masa hamilkan last usia lewat 40-an masa bersalinkan si kecik Amani ni malu gak. Tapi saya positifkan diri sebab Allah kasi di usia lewat mengandung.”

Saya tak malu pada orang luar tapi malu kat anak-anak dan cucu je. Bab paling tak tahan nak gelakkan diri sendiri bila menantu dan cucu ziarah nenek ada anak kecik. Macam berlawan-lawan.”

Kata Abang Aji, “Oklah sebab tua-tua mampu pregnant. Tapi sekarang nenek tutup kilang terus.”

Selorohnya lagi, “Lepas ini jangan tangan saya, siapa kecik ini ya? Cucu ke?”

Pernah juga Amani tanya saya, “Adik muka sapa Amu?”

Saya jawab bergurau dengan Amani, “Ami jumpa adik dekat tong sampah. Agaknya anak bangla.”

Taklah, adik anak dady dan muka dady pun. Ada buktilah gambar adik banyak masa Ami beranakkan adik.” Sememangnya anak bongsu Bonda Rozita ini sangat keletah budaknya.

Tambah Bonda Rozita lagi, Amani rapat dengan suaminya. Malah diibaratkan ‘girlfriend body guard bapaknya’.

Kawan gaduh kami semua satu rumah. Alhamdulillah, nakalnya ya ampun.” Sambungnya memaklumkan perkongsiannya ini hanyalah memenuhi momen pengalamannya yang ada anak kecil di usia senja.

Didik Anak Cara Bonda Rozita

Walaupun Amani anak bongsu, Bonda Rozita tetap tegas dalam mendidik anak kecilnya itu. Ini yang diakui dalam instagramnya.

Sebagai parents saya sampaikan pada anak-anak. Harap pada diri dan anak-anak jangan makan haram nanti gelap hati. Ikut atau tak ikut sudah lepas tanggungjawab saya. Nak bersihkan hati tak mudah nak jumpa nur hidayah (tak nampak hati gelap banyak benda haram masuk dalam darah daging.)

Beliau juga ada satu kepantangan iaitu tertib ketika makan. Ada pantang larang yang diterapkan pada anaknya iaitu minum jangan sampai keluar bunyi ‘srup’, makan jangan mengicap dan makan jangan melidah.

Keletah Amani Yang Buat Bonda Rozita Geram Plus Terhibur Sama

Sumber/Foto : Instagram Bonda Rozita Ibrahim

Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih !! II

Sumber: mingguanwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *