Hukum Pengantin Mengukir Inai Di Tangan

Soalan:

Bagaimana pula hukum memakai inai yang berukir di tangan. Sekarang ini ramai perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan berupa awan larat ataupun daun.

Jawapan:

Hukumnya adalah harus bagi perempuan dan haram bagi lelaki. Tetapi jangan berlebih-lebihan dan seperti mengikut budaya kaum lain. Contohnya memakai pada jari dan tapak tangan hanya untuk suami.Cat kuku juga boleh dipakai tapi dengan syarat hendaklah membersihkannya jika hendak mengambil wudhuk jika bahan tersebut menghalang air. Tetapi hanya untuk pandangan suami.

Kita lihat dan nilai berdasarkan hadis Nabi ini :

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain,wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)” [hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari]

“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu adalah kategori tatu,kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul di hujung jari.”

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

– Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

Jangan sampai kita menolak syariat semata-mata untuk mengikut adat. Apa gunanya kita beragama Islam, apa gunanya kita bermazhab jikalau kita tidak mengikuti syariat dan hukum yang telah ditetapkan. Sama-sama kita renungkan wahai pembaca yang budiman.

Sumber:Slotilmu

Add Comment