INI KOMEN ERMA FATIMA TENTANG KES DS NAJIB YANG BAKAL BUAT RAKYAT MALAYSIA TERDUDUK

PELAKON dan pengarah Erma Fatima meluahkan rasa syukur dengan berita penangkapan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Erma berharap dengan penangkapan tersebut akan mengurangkan dosa semua rakyat Malaysia yang tidak henti-henti berbalah tentang perkara itu.

“Air mata aku menitis tak pasal-pasal malam ni. Sebak kerana sekian lama aku menunggu saat ini. Jiwa aku makin sakit melihat bangsa aku berbalah antara satu sama lain.

“Mungkin kalian boleh mengatakan aku biadap kerana seolah-olah berharap pada penangkapan ini. Silakan! Aku berharap penangkapan ini akan mengurangkan dosa kita semua,” tulisnya di Instagram malam Selasa.

Erma berkata, biarpun berita itu perit untuk diterima oleh penyokong dan ahli keluarga bekas perdana menteri itu, namun ia adalah pengakhiran segala fitnah.

Status Erma Fatima mendapat perhatian netizen.

Tambahnya, peristiwa ini juga bakal menjadi sejarah buat negara dan membuka mata seluruh rakyat dan pemimpin negara lain.

“Walaupun perit untuk dilalui oleh keluarga DSN dan penyokong Barisan Nasional namun aku berharap disinilah berakhirnya segala fitnah memfitnah dan segala macam spekulasi kita kepada beliau.

“Saat ini akan menjadi saat bersejarah buat negara kita, saat yang bakal membuka mata seluruh rakyat dan pemimpin negara yg lain tanpa mengira parti politik.

“Aku hanya mampu berdoa agar Allah tunjukanlah kebenaran kepada kami semua,” tulisnya.

Dalam pada itu, Erma memohon agar masyarakat menghentikan penghinaan terhadap beliau.

“Saya mohon kepada sahabat-sahabat semua. Hentikanlah memperlekeh dan menghina beliau.

“Itu bukan budaya kita… biarkan undang-undang menentukan segalanya,” ujarnya.

Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di Kuala Lumpur pada 2.35 petang Selasa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu telah hadir ke ibu pejabat SPRM dua kali bagi merekodkan keterangan berhubung kes SRC International.

SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Beliau didakwa di mahkamah pada Rabu dengan empat pertuduhan melibatkan kes rasuah dan pecah amanah berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SUMBER IG :

“Airmata aku menitis tak pasal-pasal mlm ni. SEBAK kerana sekian lama aku menunggu saat ini. KERANA jiwa aku makin sakit melihat BANGSA aku berbalah antara satu sama lain..mungkin kalian boleh mengatakan aku BIADAB kerana seolah berharap pd penangkapan ini. Silakan! Aku BERHARAP penangkapan ini akn mengurangkan dosa kita semua. Dosa kita yg selama ini hidup di dalam teka teki…spekulasi demi spekulasi sendiri.. hari ini kita tdk perlu lagi berteka teki. Sejahat mana pun beliau…tercatat d dlm sejarah beliau lh yg pernah memimpin negara kita satu ketika dulu. Kita tk mampu memadam sejarah.
Walaupun perit utk d lalui oleh keluarga DSN dan penyokong BN namun aku berharap disinilah berakhirnya segala fitnah memfitnah..tuduh menuduh..hina menghina…maki bermaki…dendam berdendam..dan segala macam mak nenek spekulasi kita kpd beliau. Saat ini akan menjadi saat bersejarah buat negara kita…saat yg bakal membuka mata seluruh rakyat dan pemimpin negara yg lain tanpa mengira parti politik..Aku hanya mampu berdoa agar Allah tunjukanlah KEBENARAN kpd kami semua…..KEBENARAN YG ADIL DAN SAKSAMA…KEBENARAN yg bakal MEMBUKA MATA RAKYAT! KEBENARAN itulah dariMU Ya Allah.

Sy mohon kpd sahabat2 semua…Hentikanlah memperlekeh dan menghina beliau. Itu bukan budaya kita…biarkan undang2 menentukan segalanya. Sy percaya atas izin Allah PENANGKAPAN ini akan MEMBUKA SEGALA KEBENARANNYA…sy berkata kata bukan atas nama Barisan Nasional , UMNO, Pakatan Pas atau parti apa pun. Sy berkata-kata sebagai seorang MANUSIA kepada MANUSIA lain.

Ampun dan Maaf dari sy wahai BANGSA ku yg ku kasihi… BILA KAU ADA SAHABAT YG MELAKUKAN KHILAF..
MAKA GENGGAMLAH TANGANNYA ERAT2 DAN TEGURLAH SEGALA KEKHILAFANNYA…
ALLAH TELAH MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN BUAT SESEORANG YG BERKASIH SAYANG SESAMA SAUDARA KERANA-NYA.”

SUMBER IG ERMA FATIMA

Add Comment