Video Gagak Baik Hati. Walaupun Lapar Ia Tetap Membahagikan Roti Tersebut Kepada Seekor Tikus

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Persahabatan yang terbentuk antara haiwan adakalanya kelihatan agak aneh. Bayangkanlah ada haiwan yang tidak langsung sehaluan dengan spesies yang sama dengannya. Mereka sering bergaduh dan bersaing antara satu sama lain, tetapi dengan spesies lain mereka boleh berkawan dengan baik.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Mungkin perbezaan itulah yang membuatkan mereka lebih saling bertolak ansur dan memahami antara satu sama lain. Contohnya seperti burung gagak dan tikus kecil di dalam video ini.

Pada mulanya seekor gagak menemukan sebuku roti di atas tanah. Tiba-tiba datang seekor tikus yang juga mahu makan roti tersebut. Tetapi mungkin kerana tikus takut akan gagak tersebut, ia terus berlalu dari situ tanpa mengambil roti tersebut.

Memahami apa yang dimahukan oleh tikus tersebut si gagak terus menggigit secebis roti dan diletakkan di atas jalan, di tempat tikus tadi melarikan diri. Si gagak nampaknya mungkin faham tikus tersebut juga lapar sebenarnya. Jadi, ia mahu berkongsi makanan yang ada bersama tikus tersebut. Ternyata, apa yang dilakukan gagak ini sangat baik.

Video :

Sumber: Youtube Channel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *