9K Hadiah Tun Mahathir Di Langkawi Sahaja.

Tujuan rencana ini bukan menyalahkan mana- mana pihak. Ia bagi memberikan gambaran bahawa adalah normal untuk pemimpin negara menerima hadiah- hadiah mewah.

Kuda tun 40 ekor yang mana dedak aje puluhan ribu sebulan pun adalah hadiah.

Tun juga menerima hadiah yang banyak ketika menjadi PM Itu normal. Sama juga dengan Najib.

Nak simpan hadiah di mana itu hak masing-masing. Di galeri atau si rumah, ikut pemilik la kan.

Tun pun letak di galeri lepas pencen, masa dalam jawatan simpan di rumah juga.

9,000 Hadiah Tun Mahathir Di Langkawi Sahaja

CUBAAN beri imej buruk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak diteruskan semalam apabila pihak polis mengesahkan nilai rampasan dari kediaman beliau berjumlah sehingga RM1.1 bilion.

Maklumlah sejak Pakatan Harapan PH diberikan hak untuk tadbir negara, mereka dilihat lebih sibuk memberi tumpuan untuk memburukkan bekas perdana menteri itu daripada menunaikan janji manifesto mereka sendiri.

Dengan pendedahan terbaharu ini, PH sedar bahawa ia akan memberikan persepsi negatif terhadap Ahli Parlimen Pekan itu biarpun beliau kini dalam persediaan bersara selepas melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO.

Apabila Najib menegaskan semua barangan yang dirampas itu merupakan pemberian hadiah dari pelbagai pihak, mulalah pemimpin dan penyokong PH kecoh menafikan penjelasannya itu konon sebagai alasan tidak munasabah.

Bagaimanapun, tidak sedarkah mereka bahawa pemimpin yang disayangi, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri juga menyimpan pelbagai hadiah dan cenderamata yang dihadiahkan kepadanya sepanjang menjadi pemimpin negara?

Malah, bekas perdana menteri keempat itu juga mempunyai satu tempat khas untuk simpan koleksi ribuan momento peribadi dan rasmi di sebuah tempat bernama Galeria Perdana di Pulau Langkawi, Kedah.

Diwujudkan hasil inspirasi Mahathir dan isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Ali, ia bertujuan menyimpan, mempamer dan berkongsi dengan orang ramai dengan pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima oleh mereka.

Galeri memorial berkenaan dirasmikan pada Disember 1995 dan dibuka kepada orang ramai bermula April 1996. Ia malah menjadi tempat popular wajib dilawati pelancong jika berkunjung ke pulau legenda Mahsuri tersebut.

Barangan yang disimpan di galeri itu termasuklah pemberian ramai pemimpin dari dalam dan luar negara serta masyarakat Malaysia sepanjang pentabiran beliau sebagai Perdana Menteri ke-4 selama 22 tahun dahulu.

Galeri berkenaan menempatkan sebanyak 9,000 hadiah, namun hanya 2,000 barangan dipamerkan bagi satu masa apabila ia digilirkan bagi memastikan barangan yang berbeza dipamerkan setiap kali pengunjung hadir.

Antara barangan yang dipamerkan termasuklah ukiran kayu, tembikar dan porselin hinggalah ke koleksi senjata, fotografi dan kenderaan mengagumkan yang dipamerkan menerusi tiga blok galeri itu.

Galeri eksklusif ini juga memuatkan pemberian seperti mutiara dan permata yang nilai harganya pada hari ini pasti lumayan sekiranya dijual di pasaran semasa.

Jadi, apakah bezanya hadiah pemberian yang diterima Najib dengan apa yang diterima oleh Mahathir ini?

Jika di Galeria Perdana Mahathir menyimpan lebih 9,000 barangan dan cenderamata yang diterimanya, bayangkan berapa banyak lagi barangan berharga lain yang mungkin tidak dipamerkan.

Begitu juga dengan Najib, semua barangan yang disimpan di kediamannya di ibu negara dan Putrajaya itu merupakan hak milik beliau dan tidak sepatutnya dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Najib juga berkali-kali menjelaskan bahawa kebanyakan barangan yang dirampas merupakan hadiah pemberian menantunya, Daniyar Nazarbayev yang bukan calang-calang orang.

Suami kepada anak beliau, Nooryana Najwa itu juga merupakan anak saudara kepada Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev dan merupakan seorang yang sangat kaya-raya.

Najib dalam wawancaranya Reuters minggu lalu juga ada menyebut bahawa keluarga menantunya itu ada beberapa cara untuk mendapatkan beg tangan mewah jenama Birkin daripada syarikat pengeluar barang mewah Hermes itu.

Malah, sebahagian daripada barangan yang dirampas itu merupakan hadiah perkahwinan Nooryana dan Daniyar di mana semua pihak sepatutnya tidak punya hak untuk merampas hadiah sentimental itu.

Tidak mustahil pemimpin-pemimpin PH juga ada menyimpan barangan berharga yang sangat bermakna untuk mereka di kediaman sendiri. Jadi mengapa pertikaikan pula barang simpanan peribadi Najib?

Najib mempunyai nasib yang tidak begitu baik apabila kediamannya itu diserbu dan barangan peribadinya dirampas konon bagi tujuan ‘siasatan’ selepas BN tewas secara mengejut pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Bercakap tentang kediaman, rumah yang kini diduduki oleh Mahathir di The Mines, Seri Kembangan, Selangor juga mempunyai cerita kontroversi yang tersendiri.

Sebelum ini, dilaporkan oleh beberapa pihak bahawa rumah yang didiami Mahathir itu hanya dibeli dengan harga RM1 menyebabkan mereka mempersoalkan sama ada terdapat aktiviti rasuah dalam perkara itu.

Andai benar dakwaan yang pernah tersebar, maka kediamaan itu pun dikira macam hadiah.

Kawasan kejiranan kediaman Mahatir itu dipersoal kerana ia dimiliki oleh rakan baik beliau, Tan Sri Lee Kim Yew yang juga Pengasas dan Pengerusi The Mines Resort Bhd. serta Country Heights Holdings Bhd.

Mei tahun lalu, Mahathir pernah membidas pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN kerana menyiasat Lee dan mendakwa bahawa rakan-rakannya sengaja dijadikan sasaran oleh kerajaan BN ketika itu.

Kenapa Mahathir bersuara dan mempertahankan rakannya itu? Pasti semua itu ada sebabnya. Ini juga menunjukkan bukanlah hanya Najib seorang ahli politik yang kononnya terlibat dengan rasuah.

Video Sekadar Hiasan :

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Add Comment