Ini Kisah Dari Pekerja Pos Sendiri, Apa Yang Terjadi Dengan Parcel Yang Berlambak Terutama Pada Musim Perayaan.

Baru-baru ini viral di Twitter luahan seorang Netizen yang merasakan perkhidmatan Poslaju semakin teruk. Menurutnya, kiriman Poslaju mengambil masa lima hingga 10 hari untuk sampai kepada penerima berbanding tagline “Dijamin Sampai Esok”.

Bagaimanapun, ramai menyedari masalah sebenar bukan berpunca dari staf yang menyelenggara dan menghantar bungkusan, sebaliknya ia kerana staf tidak cukup sedangkan terlalu banyak bungkusan perlu dihantar sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri.
Sehubungan itu ada yang menuntut Ketua Pegawai Eksekutif Poslaju untuk meletakkan jawatan.

Sementara itu, seorang gadis menceritakan bahawa teman lelakinya seorang posmen terpaksa balik lambat setiap hari kerana bungkusan terlalu banyak.

Ada yang mendakwa, tidak ramai mahu menjadi posmen kerana gajinya rendah sedangkan kerja agak teruk. – Kredit: AmazingNara

Kisah Yang Ramai Tidak Tahu Apa Yang Terjadi Di Pos Laju

Image may contain: people sitting and motorcycle

Tadi pegi pejabat Pos 😊 belum bukak lagi orang dah agak ramai tunggu kat luar. Bukan nak pos tau. Tapi nak amek barang Jangan Ingat Korang Je Tunggu Barang Saya Pun Tunggu Baju Raya Sampai Beli Online

Sebelum tu nak beli plastik. Terdengar ada brader tu cerita

Pos sekarang haa, banyak banyak kesian. Semalam pukul 8.30 malam dia datang hantar barang. Eh saya tanya, tak balik lagi ke? Posmen tu kata, tak lagi bang. Barang banyak sangat. Nak kena habiskan harini. Nanti esok nak kena hantar yang lain pulak. Kalau tak, jadi lagi banyak 😌

Abestu brader tu tanya. Ohh. Start keluar hantar barang pukul berapa?
Pukul 10 bang. Tadi buka Puasa sekejap je buat alas perut Minum Air Makan Kuih Lepas Tu Kena sambung lagi kerja

Brader tu pon cakap lagi. Banyak kesian saya sama posmen sekarang. Barang berguni guni belum bukak. Yang dah bukak pun belum tentu dapat hantar waktu yang dijanjikan. Orang tahu marah saje. Padahal diorang juga manusia

Posmen terdiam sekejap. Aku Pun Masuk Betul la apa brader tu kata. Memang betul kita bayar untuk servis diorang hantar ke rumah. Tapi, tolak ansur la. Posmen kan manusia jugak. Aku faham kalau posmen tak dapat hantar. Takpe Aku boleh je pegi amek takde masalah . Lagi Pun Pegi Pejabat Pos Ambik Slip Tunggu Giliran Bukan Kena Jaga Jalan Pun

PosLaju – The Untold Story (GoPro)

Yang jadi masalah, bila ada yang memaki hamun. Marah marah barang tak sampai. Call tak angkat Yang Tu Susah Kata Brader tu

Aku Nak Cakap Laaa Pada Yang Ada Otak Tapi Tak Ada AkaL.  Korang penah pegi tengok tak tempat self pickup barang tu? Aku Pegi Tengok Barang Macam Nak Hantar Bantuan Banjir Setiap NEGERI  Macam Mana staff situ nak layan orang nak amek barang. Nak pegi cari barang. Telefon bunyi memang tak cukup tangan la nak angkat . Deyyyyy Jadi Fikir La Sikit Jangan Tahu Nak Cepat Jeee Hanatttt

Bagi Aku La Senang cite, kita mudahkan urusan orang, insyaAllah urusan kita juga Allah dipermudahkan. Jangan Fikir Aku Jual Barang Aku Pos Barang Aku Tak Beli Barang Online .  Aku Pun Macam Korang Jugak Kadang2 Jumpa Kasut Baju Online Pun Aku Order

Sumber: Oh! Media 

Add Comment