TERIMA KENYATAAN BARISAN NASIONAL SUDAH TIADA – NAZRI AZIZ

Nazri Aziz sokong Zahid, Annuar sebagai presiden, timbalan

Umno Padang Rengas menyokong gandingan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Tan Sri Annuar Musa sebagai presiden dan timbalan presiden.

Ketuanya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata juga menyokong Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Ismail Sabri dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai naib presiden.

Ditanya apakah dia akan menawarkan dirinya untuk mana-mana jawatan dalam Umno pasca pilihan raya 9 Mei lepas, Nazri tidak akan bertanding apa-apa jawatan peringkat pusat.

“Saya sudah tidak bertanding sejak tahun 2000. Saya tidak ada hajat bertanding sebaliknya hanya mahu membantu Umno,” katanya.

Pemilihan Umno, yang tertangguh sejak 3 tahun lalu, akan diadakan pada 30 Jun ini. Pemilihan kali ini bakal menampilkan barisan kepimpinan yang akan berperanan sebagai pembangkang di peringkat nasional.

Umno merupakan parti terbesar di Dewan Rakyat dengan 54 kerusi Parlimen.

Selain dari Zahid yang disahkan akan bertanding jawatan presiden, nama lain turut disebut seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada mereka akan menyertai pertandingan untuk kerusi nombor 1 parti itu.

Bagi jawatan timbalan presiden pula, hanya 2 calon setakat ini iaitu bekas menteri besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan dan Ketua Penerangan Annuar Musa.

Pemangku Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan tidak akan bertanding.

Umno meminda Perlembagaan pada 2009 yang membuka jalan kepada pemilihan langsung oleh ahli-ahlinya di akar umbi.

Pindaan itu menghapuskan syarat kuota diperlukan calon yang mahu bertanding jawatan dalam Umno dan tidak lagi memerlukan pencalonan daripada bahagian. SUMBER : FreeMalaysiaToday

Nazri: BN sudah ‘habis’, Umno lebih kuat bersendirian

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya Umno akan bertambah kuat jika bersendirian terikat dalam BN bersama parti yang “tidak dapat bangkit segera”.

“Saya rasa kita mahu bersendirian di semenanjung. Gerakan sudah habis dan jika mereka mahu BN mereka boleh ambil.

“Berada dalam BN bersama Gerakan dan ditolak sepenuhnya oleh rakyat adalah beban yang besar,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today.

Katanya, parti komponen lain seperti MIC, MCA dan Gerakn sudah kecundang dengan teruk dan mustahil dapat bangkit semula dalam masa terdekat.

“Kalau mereka tidak bangkit macam mana BN hendak berfungsi? Kita harus terima kenyaaan BN sudah tidak ada,” katanya.

Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong semalam berkata komponen BN patut mengadakan mesyuarat pusat bagi memutuskan untuk menguarkan Umno daripada gabungan itu, bukan meninggalkan gabungan itu.

SUMBER : malaysiakini

Add Comment