INSTITUSI RAJA RAJA MELAYU ADAKAH DIRENDAHKAN, INI KOMEN ANWAR IBRAHIM UNTUK SEMUA

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak menyinggung dan mencemarkan institusi Raja-Raja.

Anwar menyifatkan kedudukan institusi raja perlu diangkat dan diberi penghormatan kemuliaan sebagai satu institusi berlandaskan peraturan dan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tidak pertahankan keterlanjuran Raja-Raja yang zalim tetapi dalam sistem kita sekarang, negara kita merupakan negara hukum yang menyaksikan ‘Kedaulatan Raja’ ada, dan diimbangi dengan ‘Kedaulatan Rakyat’.

“Tetapi tidak wajar kedaulatan rakyat itu sampai ke tahap merendahkan kemuliaan Raja-Raja,” jelas Anwar ketika ditemu bual di dalam program AI yang bersiaran pada Khamis 8.15 malam di saluran 501 Astro AWANI

Dengar Penjelasan Penuh Dari Anwar Ibrahim

1 soalan ditanya adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding semula? Ini jawab beliau.

4-5 bulan lagi saya bertanding PRK, Parlimen Pekan pun boleh – Anwar Ibrahim

KETUA Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka kembali ‘bertempur’ di Pilihan Raya Kecil (PRK) dalam tempoh empat hingga lima bulan lagi.

Persoalannya, YB kawasan mana yang bakal ‘dikorbankan’ untuk memberi laluan kepada beliau kembali ke Dewan Rakyat?

Anwar dilontarkan persoalan itu oleh Ashwad Ismail di dalam program ‘AI’ terbitan Astro AWANI yang bersiaran pada pukul 8.15 malam ini di saluran 501 Astro AWANI.

Menurut Anwar, adalah tidak wajar untuk beliau bertanding di Parlimen Pandan yang ketika ini disandang oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Saya tidak fikir wajar untuk ganti Wan Azizah di Parlimen Pandan. Saya dah beritahu Tun Mahathir saya selesa sebagai rakyat biasa, 4-5 bulan saya Ahli Parlimen, setakat itu cukuplah.

“Kawasan mungkin Parlimen Pekan pada waktu itu, saya belum tahu, Datuk Seri Najib nak letak jawatan atau tidak kita belum tahu. Kena fikirlah,” kata Anwar sambil tersenyum

Sumber Youtube: Astro Awani

Sumber Artikel: Ohbijok

Add Comment