‘Apa itu murka’, Shahidan gesa Raja Perlis jangan campur tangan

(Saksikan Video Penuh Dibawah)

KUALA LUMPUR: Pengerusi BN dan Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menyeru Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri itu, selepas kritikan Raja Perlis itu terhadap Adun BN yang enggan menghadiri upacara angkat sumpah Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

“Saya merayu Tuanku Raja supaya menghormati perlembagaan sebagai raja berperlembagaan dan Tuanku tak perlu campur tangan tentang pentadbiran sebab pentadbiran akan uruskan.

“Jangan takut, Perlis tak ada bajet dan sebagainya sebab itu urusan menteri besar,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Umno di sini.

Shahidan turut memohon Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar campur tangan dan mengkaji semula kuasa melantik menteri besar.

“Saya merayu Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai pakar undang-undang untuk memberi pandangan tentang hal ini sebab dia juga bagi pandangan tentang pelantikan Agung.

“Saya rasa dia boleh bagi pandangan tentang pelantikan (menteri besar) Perlis,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan 9 orang Adun Barisan Nasional (BN) Perlis yang tidak menghadiri majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu sehingga menyebabkan raja murka dengan tindakan mereka, Shahidan menjawab:

“Apa itu murka? Anda bagi tahu saya apa itu murka? Apa makna murka? Ini bahasa-bahasa yang diperindahkan demikian rupa.”

“Kalau raja murka itu soalan anda, saya tak faham apa makna murka. Saya ikut perlembagaan dan raja hendaklah melantik,” katanya.

Menurutnya, parti yang bertanding pilihan raya sahaja berhak menentukan siapa pemimpin mereka.

“Kita bertungkus lumus. Saya menggadai jiwa dan raga untuk pilihan raya. Tak kiralah negari lain kalah tapi saya menang 2/3 majoriti,” katanya.

Terdahulu, Tuanku Syed Sirajuddin membidas tindakan Adun BN tidak menghadiri upacara angkat sumpah jawatan menteri besar hari ini.

Majlis angkat sumpah Azlan sebagai MB berlaku lebih 2 minggu selepas pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Perlis merupakan salah satu daripada 2 negeri di Semenanjung dimenangi BN.

Sumber freemalaysiatoday

Tolak MB ‘boneka’

Bertitah dalam istiadat angkat sumpah menteri besar di Istana Arau, baginda berkata tidak mahu seorang menteri besar “boneka” yang yang boleh dikawal pihak lain.

“Seperti tuan-tuan dengar tadi sumpah menteri besar, beliau tidak boleh beritahu dan berbincang selain daripada mereka yang berada di dalam kabinet… tidak boleh keluar rahsia langsung.

“Tetapi kalaulah adik jadi menteri besar tentu dia akan beritahu kepada abang. .. Saya tidak mahu.. saya berterus terang tidak mahu orang luar mengawal Menteri Besar,” katanya merujuk kepada calon BN Perlis, Datuk Ismail, yang juga adik Shahidan.

Baginda juga mendedahkan selepas bertemu semua wakil rakyat BN sebelum ini, beliau merasakan “seperti ada grip (pegangan) lain”.

“… saya bimbang takut salah pilih Datuk Ismail Kassim… saya takut pilih Menteri Besar yang akan menjadi ‘puppet’ (boneka),” titah baginda.

Baginda juga mendakwa sembilan wakil rakyat BN yang tidak hadir itu “dikawal oleh seorang”.

SUMBER : ASTRO AWANI

‘Apa itu murka? You tell me apa itu murka?’

Begitu reaksi Pengerusi BN Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ditanya pemberita berkaitan kemurkaan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail terhadap anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang memulaukan istiadat angkat sumpah menteri besar.

Mengulangi beberapa kali soalan sama, Shahidan berkata murka itu cuma “bahasa yang diperindahkan”.

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Shahidan berkata apa yang berlaku padanya BN Perlis tidak adil.

“Kami bertanding pilihan raya. Kami berhak untuk tentu siapa pemimpin kami. Kita bertungkus lumus, saya menggadaikan jiwa dan raga untuk pilihan raya. Tak kiralah negeri lain, kalah, kalahlah. Tapi saya menang, dua pertiga (dewan).

“Saya percaya orang akan hormat kepada keputusan dua pertiga majoriti. Kalau raja murka itu soalan you. Saya tak faham apa makna murka,” katanya.

Bekas menteri undang-undang itu menegaskan beliau mengikuti perlembagaan.

“Dan Raja hendaklah melantik… hak saya sebagai badan perhubungan Umno saya nak beritahu, Umno menghormati institusi raja-raja dulu sampai sekarang.

“Tapi saya kena dua kali, (kali pertama pada) 2008 dan ini saya terima. (Pada) 2008 bila nak jumpa raja, wakil rakyat hilang,” luahnya.

Beliau menegaskan menteri besar mesti dilantik berdasarkan nama dicadangkan BN.

“Yang lain tak boleh,” katanya.

Sumber

Add Comment