‘Koreklah Kami Semua Terbuka, Ingat Kami Takut Sangat ke’ – Nazri Aziz Cabar Tun M

Seorang Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak gentar dengan ugutan bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mendedahkan keburukan mereka.

Datuk Seri Nazri Aziz berkata Umno terbuka terhadap perkara itu malah beliau juga pernah mengisytiharkan hartanyanya kepada Dr Mahathir semasa berada dalam kabinetnya.

Nazri Aziz Cabar Mahathir. “Koreklah, kita semua terbuka. Datuk Seri Najib Razak punya kekayaan pun terbuka. Koreklah, kita nak tahu kaya macam mana.

“Macam saya, keluarga dan anak-anak saya semua orang korek. Tidak ada masalah. Koreklah, nanti kita korek dia punya, baru dia tahu nanti, ingat kita takut sangat ke?

“Saya pernah isytihar harta pada dia. Saya pernah jadi menteri pada dia. Kita sentiasa buat pengisytiharan, apa nak takut,” katanya.

Nazri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perlawanan Bola Keranjang Cina Sedunia ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Dr Mahathir semalam memberi amaran kepada pesaing politiknya bahawa beliau juga boleh mendedahkan keburukan mereka.

Nazri Aziz Cabar Mahathir. Beliau berkata demikian selepas dua akhbar berkaitan Umno melaporkan gaya hidup mewah cucu perempuannya baru-baru ini.

Ahad lalu, Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan berita muka depan mengenai gaya hidup cucu bekas perdana menteri itu, Meera Alyanna Mukhriz.

Utusan Malaysia menerbitkan gambar Meera di atas kapal layar yang didakwa dinamakan sempena namanya dan mendakwa gadis itu sering memakai pakaian berjenama dan menjalani gaya hidup mewah.

Berita Harian, sebaliknya menerbitkan gambar-gambar Meera dan adik perempuannya Melia Serena di atas bot dengan kawan-kawannya.

Mengulas lanjut Nazri yang juga Menteri Pelancongan berkata semua pihak bukan sahaja mahu mengetahui sumber kekayaan Dr Mahathir tetapi juga mengenai anak-anaknya sekali.

“Pertama sekali bukan dia sahaja, kita nak tahu anak dia itu. Isytihar mana datang sumber kekayaan itu… saya dengarlah. Anak dia kena bagi tahu,” katanya.
Nazri Aziz Cabar Mahathir

“Tak payah bertanding pilihan rayalah, isytihar jelah (harta),” katanya ringkas.

Nazri minta CAAM ambil tindakan terhadap Mahathir

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengambil tindakan undang-undang terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad kerana berbohong dengan mendakwa jet peribadinya cuba disabotaj.

Beliau berkata tuduhan Dr Mahathir itu serius dan bukan main-main kerana ia boleh menjejaskan imej industri penerbangan negara dan keyakinan dunia terhadap keselamatan pengangkutan negara.

”Kalau ada tuduhan sabotaj terhadap sesebuah kapal terbang, kapal terbang itu perlu diletakkan di kawasan yang dikawal untuk memastikan perkara sabotaj tidak berlaku kerana ia boleh menjejaskan keyakinan dunia kepada pengangkutan awam,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Perpustakaan Desa Kampung Kota Lama Kanan dekat Kuala Kangsar, hari ini.

Pada dua hari lepas, Pengerusi CAAM Datuk Seri Azharuddin A Rahman mengesahkan pesawat Bombardier Challenger CL60 yang dikendalikan Syarikat Vista Jet Limited itu tidak dapat berlepas menuju ke Langkawi kerana kebocoran udara dari tayar kiri hadapan pesawat.

Kenyataan itu sekali gus menepis dakwaan Dr Mahathir yang mengatakan pesawat itu yang sepatutnya berlepas dari Lapangan Terbang Subang ke Langkawi pada 27 April lalu disabotaj untuk menghalangnya daripada menyerahkan borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Sementara itu, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan tindakan Dr Mahathir menyatakan pesawat peribadinya disabotaj sebagai sandiwara.

“Sandiwara itu juga bukan sesuatu yang baharu kerana Dr Mahathir sememangnya sudah mempunyai rekod tidak akan mengakui kesilapan sendiri, sebaliknya akan terus meletakkan kesalahan itu kepada orang lain. Beliau akan terus membuat gimik-gimik politik supaya orang bersimpati,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan projek Jambatan Kampung Seberang Guai di Bera, Ismail Sabri yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bera turut mempersoalkan tindakan Dr Mahathir menggunakan pesawat peribadi dan tidak menggunakan pesawat komersial.

“Ini seolah-olah kedudukannya terlalu tinggi sehingga tidak boleh lagi menaiki pesawat komersial,” katanya.

Di BENTONG, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Dr Mahathir masih dialu-alukan untuk memberikan maklumat tambahan kepada polis untuk siasatan sekiranya masih berkeras bahawa pesawat itu cuba disabotaj.

Beliau berkata walaupun laporan awal CAAM dikeluarkan semalam mendapati insiden seperti didakwa itu tidak berlaku, kementerian bersedia melakukan siasatan lanjut sekiranya Dr Mahathir memberikan bukti bagi menyokong tuduhannya itu.

“Pesawat itu telah mengalami masalah teknikal malah sebelum berlepas dari Singapura… ini kerana isipadu udara dalam tayar sudah rendah semasa di Singapura lagi, semasa mendarat tiba di Subang dan mereka cuba mengisi udara dalam tayar itu… malangnya tidak dapat dilakukan dan mereka perlu tukar tayar.

“Tetapi pada hari berkenaan mereka tidak sempat menyiapkan kerja menukar tayar itu, jadi sebab itu kenapa penerbangan itu tidak boleh berlepas, ia merupakan masalah teknikal,” katanya.

Liow yang merupakan presiden MCA ditemui pemberita ketika berkempen untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bentong, berkata tuduhan itu adalah serius kerana ia melibatkan keselamatan pesawat dan penumpang.

“Jadi kita rasa terkilan dan kecewa bahawa Dr Mahathir cuba eksploitasi isu ini menjadi satu isu politik… gunakan taktik ini untuk menyalahkan kerajaan atau menyalahkan orang lain dan mendakwa mereka mahu mensabotaj dan cuba membunuhnya,” katanya. -Bernama

Add Comment