Dr Ahmad Sanusi – Berpada-padalah berpolitik, jangan sampai F1TNAH Nabi Yusuf sebagai PENJE NAYAH

1. Begitu ekstr1m sifat pentaksub politik sehingga sanggup menf1tnah Nabi Yusuf sebagai ban duan atas kes cubaan mero g0l. Biar pun pendirian politik berbeza, jangan sampai kita meman1pulasi ayat Allah dan kisah Rasul semata-mata kehendak politik.

2. Nabi Yusuf di pen jara bukanlah kerana kes percubaan mero g0l seperti yang didakwa oleh pemilik akaun twit ter ini. Al-Quran jelas menceritakan bahawa Nabi Yusuf dif1tnah sehingga menyebabkan beliau di pen jara. Kata al-Imam al-Tabari:

وذكر أن سبب حبسه في السجن كان شكوى امرأة العزيز إلى زوجها أمره وأمرها

“Dan disebutkan sebab Baginda (Nabi Yusuf) ditahan di pen jara adalah kerana aduan (f1tnah) isteri pemerintah tersebut kepada suaminya tentang perihal dirinya. (al-Tabari, Jami al-Bayan).

3. F1tnah yang dilakukan oleh isteri al-Aziz tersebut jelas dinukilkan di dalam al-Quran. Perempuan tersebut memberi amaran sekiranya Nabi Yusuf tidak mengikut kehendaknya, Nabi Yusuf akan di pen jara. Dalam menceritakan perkara ini Allah berfirman:

وَلَئِنْ لَمْ يَفْعَلْ مَا آمُرُهُ لَيُسْجَنَنَّ وَلَيَكُونًا مِنَ الصَّاغِرِينَ

(kata wanita tersebut) dan sesungguhnya sekiranya dia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah dia akan dipen jarakan dan akan menjadi dari orang-orang yang h1 na. (Surah Yusuf:32)

4. Sheikh al-Sha’rawi memperincikan lagi pemahaman tentang ayat ini. Kata beliau:

إن لم يُطِعْها فيما تريد؛ فلسوف تسجنه وتُصغِّر من شأنه لإذلاله وإهانته.

“Sekiranya Nabi Yusuf tidak melakukan kehendak perempuan tersebut, maka dia akan memen jarakan Baginda dan bertindak merendahkan (maruah) Nabi Yusuf sehingga dia dipandang h1 na.

Jelas di sini bahawa Nabi Yusuf telah dif1tnah. Baginda ditu duh dengan f1tnah yang ja hat sehingga beliau diugut akan di pen jara dan akan dimalukan sehingga manusia memandang h1 na kepada Baginda.

5. Malangnya hari ini ada yang melihat Nabi Yusuf dengan pandangan yang salah. Apa yang lebih ma lang adalah kerana tindakan tersebut atas dasar politik.

6. Atas sebab itu Sheikh al-Qardawi menegaskan kepada kita bahawa terdapat beberapa perkara yang menjadi punca kepada kesalahan dalam penafsiran al-Quran. Salah satunya adalah penafsiran al-Quran atas kehendak politik.

Al-Qardawi mendatangkan contoh bagaimana golongan Khawarij menggunakan ayat 40 daripada Surah Yusuf sebagai pendirian politik mereka dalam menolak konsep Tahkim yang dijalankan ketika pemerintahan Saidina Ali.

7. Bimbang akan berlakunya penyelewangan makna al-Quran untuk kepentingan tertentu, Rasulullah SAW memberi ama ran keras kepada Muslim supaya berhati-hati dalam menafsirkan ayat al-Quran. Sabda Rasulullah:

مَنْ قَالَ فِي القُرْآنِ بِغَيْرِ عِلْمٍ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Barangsiapa yang mengatakan sesuatu tentang al-Quran tanpa ilmu maka dia telah menempah tempatnya di ne raka.”

8. Jangan kerana taksub politik, kita melakukan pendus taan terhadap para Nabi. Jangan kerana kehendak politik kita menyalahgunakan ayat al-Quran.

Semoga Allah membimbing kita semua.

sumber; Dr Ahmad Sanusi

Add Comment