Terlalu Rindukan Adib, Ibu Dan Ayah Terkesan Ramadan Pertama Tanpa Adib

Tanggal 17 Mei ini genaplah lima bulan pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim. Tempoh lima bulan pemergian Adib, 25 tahun, yang men1ng gal du nia akibat kece de raan ketika rus0 han Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya bermula 26 November lalu dirasakan seperti baru semalam berlaku.

Siapa sangka tanggal 27 November adalah hari terakhir dia menunaikan tugasnya sebagai anggota bomba sebelum berju ang untuk hidup akibat kecede raan sehingga menghembus nafas terakhir pada 17 Disember 2018.

Bagi bapa anggota bomba itu, Mohd Kassim Ab Rahim masih mengakui pemergian Adib itu sesuatu yang mengejutkan dan tidak mudah diterima. Namun sebagai manusia, warga emas berusia 64 tahun ini percaya segalanya telah tertulis dan perlu reda. Mohd Kassim dilihat sebagai seorang bapa yang tabah, cuba menyembunyikan kesedihannya itu di sebalik ketenangan raut wajahnya.

Namun jauh di sudut hatinya, Mohd Kassim mengakui masih terasa sunyi selepas kehilangan Adib yang merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik. Tahun ini juga pertama kali Ramadan disambut tanpa kelibat Adib yang sebelum ini akan pulang sesekali berbuka puasa bersama keluarga. ” Masih rasa sunyi. Tetapi kena redalah.

” Banyak perkara seperti rasa lain. Bulan puasa sebelum ini, kalau balik dia suka makan macam-macam,” luahnya kepada mStar.

Hal sama dilalui ibu Allahyarham Adib, Asma Aziz, 52, yang masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai kisah anaknya itu. ” Masih sedih,” katanya ringkas apabila diajukan soalan mengenai anak lelakinya itu. Kema t1an Adib masih mendapat perhatian seluruh masyarakat lebih-lebih prosiding inkues menentukan penyebab kema tiannya masih berlangsung. Untuk rekod, Allahyarham Adib merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Nurul Najihah Radzi pada 22 Disember lalu.

Terlalu Merindui Adib, Asma Kerap Termenung Dan Tak Selera Makan

(imbasan kembali)

Kehidupan Asma Aziz dihimpit kesedihan ketara dan terus meratapi kehilangan Muhammad Adib Mohd Kassim, di mana beliau kini kerap termenung dan sesekali mengalirkan air mata apabila mengenangkan anaknya itu yang mening gal du nia, pada Isnin. Ketika ditemui pembe rita di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini hari ini, wanita berusi 51 tahun itu tidak banyak bercakap dan sesekali kelihatan matanya ‘berkaca’ lalu mengesatkan air mata tanda sebak.

Asma berkata dia juga tidak boleh tidur semalam, kerana terlalu merindui Muhammad Adib, 24, yang sememangnya rapat dengannya serta suami Mohd Kassim Abd Hamid, 63 tahun.

“Ini pun mak cik tak sentuh lagi makanan. Hanya minum sahaja (selepas Muhammad Adib men1ng gal du nia). Tidak ada selera makan…FB (vii ral tentang kisah anaknya dalam Fa ce bo ok) tidak boleh tengok. Ada orang nak tunjuk FB kepada mak cik pun, mak cik tak boleh tengok,” katanya.

Katanya, dia tidak menyangka Muhammad Adib yang juga anak kedua daripada empat beradik itu akan pergi mening galkan mereka sekeluarga secepat itu dan tidak menunjukkan sebarang tanda ketika Allahyarham pulang ke kampung baru-baru ini. “ Biasa sahaja dia. Tak ada yang pelik. Banyak sembang tentang persiapan kahwin sahaja, lembu untuk kenduri pun sudah ada. Masa dia bertugas waktu itu (semasa rus0 han), dia baru naik kerja dua hari selepas cuti seminggu di kampung.

“Sewaktu dia balik bercuti itu, dia ada bawa balik kereta baharu dia (Perodua Myvi) beli untuk tinggalkan di kampung bagi ayah dia naik tetapi ayah dia cakap dekat dia, tidak payah tinggallah. ” Ayah naik kereta ayah sahaja. Tetapi dia tinggal juga kereta, dia balik semula bekerja naik kereta dengan tunang dia ketika itu, sekarang kereta itu ada di rumah ini,” katanya.

Asma berkata, beliau juga mahu melihat wajah individu yang didakwa memu k0l Muhammad Adib dan menyebabkan kecede raan pa rah kepada anaknya ketika rusu han di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 November lepas. Katanya, apa yang dilakukan ke atas anaknya adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan dan mahu mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan dan dijatuhi huku man setimpal.

Menceritakan mengenai Muhammad Adib lagi, Asma menyifatkan Allahyarham sebagai seorang anak yang baik dan patuh kepada ibu bapa dan sentiasa mendapatkan pandangan daripada kedua-dua mereka mengenai sesuatu perkara. Katanya, Muhammad Adib juga kerap mengambil cuti ketika musim menanam padi dan pulang ke kampung untuk membantu bapanya membuat kerja di sawah.

Dalam pada itu, Asma berkata majlis perkahwinan Muhammad Adib yang sepatutnya berlangsung pada Ahad ini berkemungkinan akan digantikan dengan majlis tahlil untuk allahyarham.

Jena zah Muhammad Adib selamat dikebu mikan di Tanah Perku buran Islam Kariah Masjid As-Saadah di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini kira-kira 1.45 tengah hari semalam. Muhammad Adib, yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, disahkan mening gal du nia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.41 malam selepas dipercayai dipu kul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 November lepas. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Sumber : mstar

Add Comment