Alhamdulillah, PU Abu dan Ain ‘Afini kekal suami isteri. Ini sebabnya

KLANG – Teka-teki status rumah tangga ustaz selebriti, PU Abu dan Ain ‘Afini Latif, 23, akhirnya terjawab apabila Mahka mah Rendah Syariah di sini hari ini mengekalkan mereka sebagai suami isteri. Hakim Syarie Mohd. Nurulazhar Mohd. Tohar memutuskan demikian selepas mendapati lafaz ce rai melalui aplikasi Whats App yang dilakukan PU Abu atau nama sebenarnya, Mohammad Abu Sufyan Mohd. Mokhtar Rozaidi, 25, adalah tidak sah.

Mohd. Nurulazhar dalam penghakiman memberitahu, lafaz ce rai itu adalah secara bertulis dan merupakan kinayah serta perlu bersumpah. PU Abu yang memakai baju kemeja berjalur lengan pendek, berseluar hitam dan berkopiah tanpa diwakili peguam itu melafazkan sumpah tersebut sambil didengari Ain ‘Afini yang berada di sebelahnya.

“Abu Sufyan, sebagai suami perlu jaga isteri dan jaga anak dalam kandu ngan. “Orang mengan dung ini lain perasaan mereka dan jangan lepas tangan,” jelas Mohd. Nurulazhar. Mahkamah turut memerintahkan pasa ngan tersebut mendaftar lafaz rujuk ce rai mereka pada 23 Februari lalu selepas mendapati lafaz rujuk itu sah.

Kosmo! Online difahamkan hari ini merupakan hari lahir kepada Ain A’fini yang sedang mengan dung tujuh bulan. Pada prosiding tersebut, Ain ‘Afini sebagai plaintif dan tidak diwakili peguam memberitahu, mereka telah berce rai pada 28 Januari tahun ini dengan kebenaran mahkamah dengan talak 1 selepas mendirikan rumahtangga pada 31 Ogos tahun lalu. Mereka kemudiannya telah melafaz rujuk dengan niat dan melafazkan berbaik semula pada pukul 11 pagi di rumah PU Abu di Selayang Baru pada 23 Februari lalu.

Bagaimanapun, PU Abu didapati menghantar lafaz ce rai menerusi aplikasi Whats App pukul 11.44 pagi pada 13 Mac lalu selepas seminggu mening galkan Ain ‘Afini. PU Abu sebagai defendan mengesahkan kiriman pesanan itu namun menjelaskan tidak berniat untuk mence raikan Ain ‘Afini selain tidak melafazkan ce rai secara lisan. “Saya masih sayangkan isteri dan ingin hidup bersamanya. Saya juga bertanggungjawab ke atas anak yang dikan dungnya “Mengakui kesilapan mening galkan isteri atas sebab tertentu yang tidak boleh dihuraikan.

Saya juga memohon maaf kepada ibu bapa mertua,” katanya. Terdahulu, sebelum prosiding bermula PU Abu memohon mahka mah supaya tidak membenarkan pihak me dia dan orang awam yang berada di galeri tersebut mendengar perbicaraan kes mereka atas isu sen sitif dan mengaibkan. “Saya tidak mahu ada gelombang kedua vii ral berhubung kes rumah tangga (kami) yang sebelum ini memberikan kesan terhadap kami berdua,” katanya. Permohonan itu ditolak Mohd. Nurulazhar atas alasan tidak relevan.

Add Comment