Pemuda Ini Hantar Mesej Meni kam Jiwa Kepada ‘My First Love’ Yang Telah Tiada, Macam Mana Jijul Nak Raya Tahun Ini

KEMERIAHAN bulan Ramadan pasti mahu disambut dengan insan yang tersayang namun jangan dilupa ada antara kita terpaksa mengharungi bulan mulia ini tanpa orang tercinta. Situasi itulah yang terpaksa ditempuhi oleh Mohammad Azizul Abdul Aziz, 27, apabila buat pertama kalinya menyambut Ramadan tanpa ibu di sisi yang sudah dijemput Ilahi.

Mohammad Azizul yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik itu meluahkan rasa rindu pada ar wah ibunya dengan caara yang cukup ‘meni kam jiwa’ apabila menghantar kiriman mesej melalui Whats app kepada nombor telefon milik ar wah ibunya. Paparan skrin mesej tersebut yang dikongsi di laman Twit ternya menjadi perhatian netizen dan tu lar.

“Saya sengaja menghantar mesej itu pada nombor lama mak kerana hati ini terlalu rindu pada satu-satunya ibu yang saya cintai. Perasaan ini hanya Allah sahaja yang tahu. “Suasana berpuasa pada kali ini sangat sunyi tanpa mak. Dahulu mungkin saya terlalu kecil untuk faham pemergian abah ketika saya berumur empat tahun dan semenjak itu, saya memang bersama dengan mak sehingga dewasa.

Azizul (berdiri tengah) bersama ar wah ibu dan adik-adiknya

“Sekarang bila mak dah pergi awal tahun ini, semuanya dah berubah. Saya sahur dan berbuka pun sorang-sorang sebab abang dan kakak saya pun dah berkahwin” katanya ketika dihubungi mStar. Menurut Azizul, pengor banan ibunya yang membesarkan mereka tiga beradik tanpa suami di sisi membuatkan dirinya berasa sangat kagum dengan wanita itu. Ar wah ibu Azizul, Hafsah Jaafar telah dijemput Ilahi Januari lalu pada usia 62 tahun selepas disahkan menghi dap penya kit kan ser payu daa ra pada tahun 2012 dan sejak itu dia tinggal bersendirian di rumah ibunya di Batu Pahat, Johor.

Menceritakan tentang pengalamannya di saat-saat terakhir pemergiaan ar wah, dia bersama abang-abangnya setia berada di sisi ibunya sehingga nafas yang terakhir. “Saya berterima kasih pada ar wah mak kerana menjadi seorang yang kuat dalam membesarkan kami tiga beradik dan tahan dengan kerenah kami yang nakal.

Jijul rindu mak. “Hargailah ibu anda sementara dia masih ada. Jangan lupa untuk bertanya khabar dan jangan sesekali sakitkan hatinya kerana sesungguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kaki seorang ibu,” katanya yang kini menjalankan perniagaan di Pasar Tani Batu Pahat.

Paparan Scree Whats App yang membuatkan Netizen sebak membacanya

Dalam pada itu, paparan skrin Whats App yang dimuat naik Azizul ternyata membuatkan ramai pengguna laman Twit ter sebak. Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat dan ucapan takziah kepada Azizul. Posting yang menyentuh hati itu meraih sehingga 9,000 ulang kicau dan 8,700 tanda suka. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih, sumber : mstar

Add Comment