Ini Kesan Jika Minum Air Panas Dalam Botol Yang Ada Dalam Kereta

Air terdedah sinaran matahari dan panas melampau akan mendorong kepada ba rah. Ketua Sub-Kluster Sains Kesihatan Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Jamaludin Mohamed berkata, secara logiknya, air yang terdedah kepada panas akan menghasilkan bahan-bahan tok sik yang mendorong kepada pertum buhan sel-sel tidak normal iaitu ba rah.

“Tetapi ia tidak khusus kepada ba rah pa yuda ra, tetapi kepada semua jenis barah sama ada ba rah pa yuda ra, usus dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian berhubung mesej vi iral yang tersebar luas berhubung bekas botol air plastik terdedah dalam panas boleh menyebabkan ba rah pa yuda ra, semalam.

Berdasarkan mesej vi iral itu, artis antarabangsa Sheryl Crow menghi dap ba rah dengan meminum air daripada botol yang terdedah panas dan ia juga dikatakan menjadi penyebab paling utama kepada kan ser pa yuda ra terutamanya di Aust ralia.

“Wanita tidak boleh minum minuman yang sudah lama di dalam kereta. Hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan ki mia yang boleh menyebabkan ba rah,” menurut mesej itu.

Menurutnya, oleh sebab itu, adalah tidak digalakkan sama sekali untuk meminum air yang sudah lama ditinggalkan di dalam panas dan disarankan untuk membuang sahaja air berkenaan.

Katanya, ia tidak hanya kepada botol air yang terdedah kepada panas di dalam kereta, tetapi di mana sahaja selagi ia telah terdedah kepada sinaran matahari dan panas.

Bagaimanapun, Jamaludin menafikan penggunaan bekas keluli tahan karat ataupun kaca sebagai alternatif kepada bekas plastik.

Katanya, apa sahaja air yang terdedah kepada panas dalam pelbagai bentuk adalah tidak mampu mengelakkan air itu bebas daripada menghasilkan bahan-bahan toksik berkenaan.

Sumber: Sinar

Add Comment