Petua Legakan Sem belit Sesuai Diminum Oleh Anak Kecil Juga

Sa kitnya bila kena sem belit, perut rasa memulas-mulas tapi sukar nak membuang. Sudahnya berjam-jam dalam bilik air menanggung sa kit. Lebih kasihan bila anak kecil yang kena sem belit.

Menurut perkongsian tips oleh Puan Liza Salleh, ada petua mudah lagi sihat dan berkhasiat yang wanita ini sering amalkan bagi mengatasi masalah sembelit. Selepas mengamalkannya pencernaan lebih lancar dan lebih mudah membuang, malah juga sesuai untuk anak-anak kecil.

Berikut antara perkongsian wanita ini;

“Saya nak share tips legakan sembelit hari ini, saya memang amalkan dulu, dan wow, esok atau petang tu terus lancar membuang”. “Oh ya, untuk anak-anak pun sesuai buat ini jika ada masalah sem belit, senang, bagus dan lazat! Nyum nyum gituu, ok boleh try lah ye bagi yang ada masalah sembelit, minum di waktu pagi tau. InsyaAllah boleh legakan sembelit”.

Saya tak suka sem belit, sembelit dan lama tak membuang buat saya nampak buncit.

Bahan-Bahan:

7 Biji Buah Prunes

7 Biji Anggur Hijau

1 cawan air masak

1 kotak susu segar

Cara Membuat:

Masukkan semua bahan-bahan kedalam mesin pengisar.

Kisar sampai hancur/ halus.

Tuangkan dalam cawan dan boleh terus diminum.

Semoga info ini bermanfaat!

Sumber :Fb Liza Salleh

Add Comment