Aku Ada Pangkat, Kau Pangkat apa? Suka Hati Akulah Nak Buat Apa – Kata Makcik Som bong

Sombong sebab ada pangkat tak ke mana, ke ku bur juga akhirnya. Kisah lama yang boleh dijadikan pengajaran kepada semua agar jangan angkuh macam ni.

Kisah benar yang berkait dengan seorang makcik yang dipercayai seorang kakitangan Kerajaan som bong dan berlagak yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Fa cebo ok iaitu Ashizi. Beliau bercerita berdasarkan apa yang telah dilaluinya.

Kisah Benar Makcik Som bong

Petang tadi balik dari Putrajaya, terjumpa dua orang perempuan som bong dan bongkak tak kena gaya atas jalan raya yang bawa kereta kerajaan jenama Proton Perdana. Nak masuk depan kereta, mereka tak nak beri laluan. Malah kereta Myvi (warna jingga) saya dihimpit-himpit agar saya tidak dapat masuk.

Jalan tiga lorong menuju dua lorong, nak tak nak kena masuk juga. Dia juga dari lorong yang sama. Tetapi bila dia sudah dapat masuk, dia tak nak bagi saya masuk di depan dia pula. Tiada masalah sangat kalau dia enggan beri laluan tetapi apa yang saya geram, dia siap buka tingkap, ambil telefon bimbit dengan tujuan mahu merakam gambar saya, sambil berkata,

“Langgarlah, ini kereta g…n tau..”

“Eh kak, som bong betul. Akak pun dari lorong sama dengan saya tadi, selit depan kereta orang,” balas saya.

“Suka hati akulah. Aku ada pangkat, kau pangkat apa?” katanya dengan som bong sebelum menutup tingkap kereta.

Sebijik-sebijik saya dengar perkataan dari mulut dia. Tak apalah kak, berlagaklah dengan pangkat darjat akak itu. Saya ada video akak memandu di lorong kecemasan nak elak jalan sesak. Nombor pendaftaran pun sangat jelas dan terang. Orang yang som bong seperti akak pun Tuhan biasanya bagi balasan yang setimpal dan saksama.

SAYA BELUM GI LA NAK VI RALKAN CERITA MELIBATKAN ORANG, TETAPI SIKAP DIA AGAK KETERLALUAN

Tujuan saya muat naik status tentang makcik gomen (kerajaan) berlagak tempoh hari sebab hati saya panas bila dia berlagak nak ma ti dengan pangkat dan kereta kerajaan dia itu. Saya bukan nak cari perhatian pun. Cerita itu semuanya benar dan bukan direka-reka.

Saya belum gi la nak vi ralkan cerita melibatkan orang lain. Baik saya muat naik status saya bahagia dengan keluarga saya. Buang masa saja ceritakan tentang orang lain. Bila dah terkena pada batang hidung sendiri, baru kau akan tahu nanti.

Luahan dari Ashizi.

Saya tunggu juga makcik itu vi ralkan gambar saya dan nak dengar juga cerita versi dia sebab dia yang mula merakamkan gambar saya. Mujur saya tak sempat rakam video dia ketika dia bercakap besar itu.

SUDAH DILAPORKAN KEPADA PIHAK BERKENAAN

Apa yang saya harap daripada netizen di atas status saya yang telah viral itu, hidup janganlah menongkat langit, jangan berlagak som bong dan bongkak walaupun kita ada pangkat atau gaji besar, jangan ada ‘double standard‘ untuk hormat orang lain dan sentiasa beringat apa yang kita ada sekarang boleh jadi hilang kalau tuhan tarik balik.

Semua perkara ini ibu bapa, guru-guru sudah pun pesan sejak dari tadika lagi sampailah tamat persekolahan.

Seperkara lagi, cukuplah saya muat naik gambar muka dia yang samar-samar itu. Yang lain-lain saya tak perlu dedahkan sebab saya telah hantar kepada pihak yang sepatutnya. Walaupun saya panas hati dan geram dengan dia, saya tak ada lah sampai nak mengaibkan orang. Biarlah dia dikenakan tindakan dengan mengikut saluran yang betul.

Semoga kisah benar ini menjadi pengajaran kepada kita semua dan tak perlulah kita som bong dan angkuh dengan apa yang kita ada kerana semuanya tidak akan kekal abadi serta apabila kita m ti semuanya perlu ditinggalkan.

Sumber : Media Maklumat

Add Comment