9 Idea Buat Duit Sambil Tidur Dengan Cara Yang Halal

Mesti seronok kalau sambil tidur pun boleh buat duit. Untuk jadi kaya, kita perlu tahu bagaimana untuk buat duit walaupun sedang tidur.

If you don’t find a way to make money while you sleep, you will work until you ma ti. – Warren Buffett

Malah Warren Buffett, seorang pelabur terkenal yang bermula daripada kosong pun berkongsi mengenai kepentingan untuk buat duit walaupun sedang tidur.

Apa yang kami bakal kongsikan adalah beberapa cara praktikal yang boleh digunapakai untuk buat duit sambil tidur.

1. Buat Laman Web

Anda sudah semestinya banyak habiskan masa di internet bukan? Daripada habiskan masa melayari laman web orang lain, apa kata anda bangunkan laman web sendiri; dan biar orang lain pula yang layari laman web anda.

Tapi bagaimana nak bangunkan laman web? Dan laman web berkonsepkan apa pula nak dibangunkan?

Pertama sekali, anda boleh guna aplikasi percuma seperti Wo rdPress untuk bantu anda bangunkan laman web. Kedua, anda perlu mempunyai hos tingsearch mana-mana hos tingyang percuma atau murah sebagai permulaan.

Ketiga, apa yang anda minat untuk baca ketika di internet? Adakah isu kekeluargaan? Kereta? Smartphone? Apps? Apa yang penting anda tulis ikut hobi anda atau minat, barulah tak terasa penat untuk bangunkan laman web anda tadi.Dah ada laman web, barulah boleh masukkan iklan. Dah ada iklan, barulah boleh buat duit sambil tidur. Lagi ramai pelawat ke laman web anda, lebih banyak anda akan dapat. Antara penyedia perkhidmatan ini adalah Goo gle Ad sense,Innity dan Fa cebo ok.

2. Buat Video YouTube

Samada anda sedar atau tidak, YouTube telah berjaya mencipta ramai jutawan. Anak-anak kecil pun cukup suka menonton video di YouTube, apatah lagi orang dewasa macam kita.

Kalau #1 tadi anda perlu tahu serba sedikit teknologi IT untuk bangunkan lawan web, hos ting, menulis dan sebagainya; kini anda hanya perlu ‘berlakon’ dan kemudian upload ke YouTube.

Anda suka nampak cantik? Cuba buat tutorial memakai make up supaya orang lain boleh belajar daripada anda.

Anda suka buat kek? Cuba buat video mengenai langkah-langkah untuk membuat buat kek moist tangkap leleh.

Konsepnya sama saja, semakin ramai yang menonton video YouTube anda; lebih banyak dapat buat duit sambil tidur.

3. Melabur Dalam Pasaran Saham

Pasaran saham Bursa Malaysia adalah merupakan lubuk saham yang tidak diketahui ramai. Tapi dengan adanya seminar pelaburan saham di serata Malaysia, masyarakat mula celik dan memulakan langkah untuk melabur dalam saham.

Sebagai pemegang saham, walaupun anda tidak memainkan peranan dalam syarikat yang anda labur, anda tetap menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat dan buat duit menerusi kenaikan harga saham dan dividen.

Kalau selama ini kita sudah terbiasa dengan dividen sebanyak 6-8% setahun yang diberikan Amanah Saham Bumiputera, pulangan 6-8% sebulan adalah tidak mustahil dalam pasaran saham.

Tak percaya? Rajin-rajinlah baca artikel yang kami sediakan untuk membuka mata tentang pelaburan saham yang sah dan patuh syariah di Bursa Malaysia:

10 Saham Syarikat Patuh Syariah Paling Untung Suku Kedua 2017 – kalau nak merasa pulangan 268.4% untuk 6 bulan atau 278% untuk setahun

28 Kaunter Saham Patuh Syariah Yang Berpotensi Menjelang Pilihanraya – PRU ke-14 dah nak dekat, takkan nak tengok je harga saham naik?

4. Jual Barang Online

Trend online shopping semakin mendapat tempat di Malaysia, dengan adanya laman web seperti Lazada, 11Street, Lelong, Mudah, Carousell dan sebagainya.

Cakap je nak apa, mesti jumpa punya. Daripada anda menjadi seorang pembeli, apa kata anda menjadi seorang penjual online pula.

5. Berniaga Vending Machine

Anda biasa nampak mesin jual air? Jika anda dapat cari lokasi yang menarik dan menjadi tumpuan orang ramai, pastinya ianya sangat menguntungkan. Selain daripada air kosong, ada juga mesin jual air tin, jual keropok dan sebagainya.

Dan untuk pengetahuan, di negara maju seperti Jepun – nak beli apa pun boleh menerusi vending machine ini. Cuma pilih apa yang anda nak, bayar melalui telefon, dan ianya akan dihantar terus ke pintu rumah anda.

Bilalah agaknya Malaysia nak buat macam ni kan?

6. Buat Aplikasi Mobile

Rakyat Malaysia merupakan di antara pengguna telefon pintar tertinggi di dunia. Dah ada telefon pintar, mestilah guna banyak apps. Fa cebo ok, Whats App, Tele gram, Ang ry Birds, Clash of Clans dan sebagainya.

Dan kebanyakan daripada aplikasi ini adalah percuma. Tetapi kalau anda perasan, selang beberapa ketika anda pasti disajikan dengan iklan. Kalau anda minat, anda akan klik iklan tersebut; kalau tak minat anda pasti akan tekang butang ‘X’.

Melalui pengiklanan inilah boleh buat duit sambil tidur. Lagi ramai orang downloadinstalldan guna aplikasi anda; lagi banyak iklan akan disiarkan; lagi banyak duit anda akan dapat.

7. Tampal Iklan Dekat Kereta

Biasa nampak iklan di bas-bas komersial, teksi dan juga di kereta Grab dan Uber je kan? Tapi tahu tak kereta peribadi anda pun boleh digunakan untuk buat duit menerusi pengiklanan.

Salah satu contoh penyedia perkhidmatan ini adalah Moola. Sambil anda memandu, sambil itu anda akan dibayar. Tahu-tahu je hujung bulan duit masuk.

8. Sewakan Bilik

Anda beli rumah 3 bilik tapi duduk bersendirian? Atau sememangnya beli rumah untuk pelaburan? Daripada menyewa rumah dengan harga RM700 sebulan, lebih baik sekiranya sewakan kepada 3 orang dengan harga RM300 sebilik. Master Bedroom biasanya boleh sewa mahal sikit, RM400 ke. Jadi dapatlah RM1,000 sebulan untuk 3 bilik.

Tapi tengok tempat jugalah, tapi kalau dah beli rumah untuk pelaburan; anda pasti dah buat homework dulu kan sebelum beli?

Atau boleh juga buat sewa dengan Airbnb . Bayangkan anda sewa hotel guna online, tetapi kali ini orang ramai boleh sewa rumah/bilik anda guna online juga. Kini anda buat duit sambil orang lain tidur di rumah anda pula.

9. Setelkan Semua Hutang

Eh, apa kena mengena langsaikan hutang dengan buat duit sambal tidur? Jawapan mudahnya. Sekiranya anda berhutang, sudah pasti ianya datang dengan faedah. Dan faedah ini yang membebankan sebenarnya.

Jadi pastikan anda melangsaikan semua hutang anda terlebih dahulu, supaya tidak rugi setiap bulan. Malah ada bank yang akan reward pelanggan yang bayar hutang dengan segera.

Cara ini dianggap lain daripada yang lain, tetapi masih merupakan cara untuk buat duit sambal tidur.

Rezeki Allah ada di mana-mana sahaja, yang penting kita kena usaha dan adakalanya kita perlu menjadi kreatif. Yang penting, kini anda dah tahu kan cara-cara nak buat duit sambil tidur ni.

Sumber : MajalahLabur via 101viral

Add Comment