Anak Penga wal Kesela matan Bongkar Rahsia Raih 9A SPM, Mruntun Jiwa Sesiapa Yang Baca

PENGOR BAN4N seorang pelajar yang juga anak kepada penga wal kesela matan menggunakan wang saku sendiri untuk membiayai yuran tuisyen berjumlah RM100 sebulan ternyata berbaloi apabila dia memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelajar dari Kampung Raja Baran, Chendering, Kuala Terengganu itu antara tujuh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS) yang memperoleh semua A dalam SPM yang diumumkan hari ini.

Syed Azli Syed Putra, 18, berkata, dia tidak kisah menggunakan wang sendiri untuk membiayai kelas tuisyen kerana ingin memastikan hasratnya meraih keputusan cemerlang tercapai.

“Selama enam bulan Peneraju Tunas Geliga membiayai yuran tuisyen melalui biasiswa yang diterima namun selepas itu saya terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri untuk terus mengikuti kelas tuisyen.

“Jika diikutkan, bapa ingin membiayainya tetapi kerana mengetahui pendapatan bapa sebagai pengawal keselamatan tidak seberapa selain perlu membiayai perbelanjaan kakak dan abang yang masih mengikuti pengajian di universiti membuatkan saya rela berkor b4n.

“Saya bersyukur kerana keputusan untuk terus mengikuti kelas tuisyen dengan membayarnya sendiri berbaloi apabila berjaya meraih keputusan cemerlang ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Keputusan SPM di SMKSS, hari ini.

Syed Azli berkata, keazaman untuk mengikuti jejak langkah abangnya, Syed Zulfadhli, 25, sebagai jurutera menjadi pendorong dia belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai hasratnya itu.

“Sebelum ini abang yang dapat 9A dalam SPM, sekarang saya berasa bangga kerana berjaya menjejak langkah abang untuk memperoleh keputusan serupa.

“Sejak kecil lagi kami adik-beradik berjanji kepada ayah dan ibu untuk berjaya dalam pelajaran seterusnya mengubah nasib keluarga dan hari ini saya amat bersyukur kerana janji itu dapat ditunaikan,” katanya yang juga Timbalan Ketua Pelajar SMKSS bagi sesi 2018.

Sementara itu, bapanya, Syed Putra Tuan Baharu, 57, berkata, dia sentiasa memberi dorongan kepada anak-anaknya supaya gigih dalam menuntut ilmu sekali gus menjadi orang yang berjaya dan berbakti kepada ibu bapa serta masyarakat.

“Sejak mereka kecil saya ajar semua anak-anak hidup bersederhana dan berjimat-cermat, malah sentiasa menyediakan imbuhan kepada mereka yang berjaya dalam pelajaran sebagai penghargaan.

“Sebagai bapa, saya bersyukur dan berbangga kerana berjaya mendidik enam anak untuk berjaya dalam pelajaran dan berharap mereka terus menggapai kejayaan pada masa akan datang dalam bidang yang diceburi,” katanya.

Ibu Syed Azli, Faudziah Mohamad, 52, pula berkata, dia selalu mengingatkan anak-anaknya supaya berdoa sambil berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.

“Kejayaan tidak datang dengan mudah tanpa usaha dan doa yang tidak putus-putus, itu pesan saya kepada anak-anak.

“Ibu mana yang tidak gembira melihat kejayaan anak mereka. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini, anak bongsu kami akhirnya berjaya mengikuti jejak langkah abangnya memperoleh 9A dalam SPM,” katanya.

Pada majlis itu, Pengetua SMKSS Wan Rohana Wan Mansor menyerahkan slip peperiksaan kepada 218 calon SPM selain sijil penghargaan kepada tujuh pelajar yang memperolehi 9A.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber  : hmetro

Add Comment