Jodoh tersekat Tidak tunaikan permintaan ibu utk Baharui rumah usang. Selepas aku baharui, seorang datang mela mar untuk berkahwin

Ak blum brkhwin kerana selalu putus. Ak tringat mak dr dulu nak runntuhkan rumah kayu yang skrng sebab dah terlalu uzur. Sementara ak blum kahwin, ak buat loan utk renovate rumah mak. Aku x sangka ada seseorang lamar ak selepas rumah tu siap. Bukan biasa2 orang tu.

Semalam terbaca kisah kenapa jodoh tidak sampai-sampai. Confes sion ada menyatakan mungkin jodohnya belum sampai disebabkan tugasnya menjaga ibu-bapa belum selesai. Dia seorang shj yg selalu balik menjengah ibu-bapanya. Saya rasa mungkin betul apa yang dikatakan. Sebab saya pernah merasai semua tu. Mungkin ibu-bapa kita masih belum bersedia melepaskan kita kepada orang lain sebab itu jodoh kita belum muncul.

Dulu saya terfikir kenapa jodoh saya belum sampai lagi. Orang lain dah beranak pinak. Kita masih single, nak kata tak cantik, rasanya dalam kategori yang ada rupa juga, nak kata tak ada pelajaran, dah ada master, nak kata tak ada kerjaya, saya banker.

Dulu orang selalu kata saya memilih, ayat yang selalu dengar “sampai ke tua lah kau mereput seorang-seorang. Memilih sangat”. Masalahnya bukan kita memilih, tapi tiada yang melekat. Bukan tak buka hati nak bercinta, pernah je bercinta tapi putus ditengah jalan. Maknanya macam semua tak kena.

Satu hari tu bos saya ajak saya lunch dengan kawan dia, masa tu kawan dia baru retired dari salah satu syarikat yang besar di malaysia. Orangnya humble dan alim. Masa kami bersembang, beliau turut bertanyakan umur saya, bila dengar umur saya yang memang sangat sesuai utk berkahwin tu dia tanya dah kahwin belum.

Saya cakap belum lagi. Dia tanya dah ada partner? Saya cakap belum. Masa tu ingatkan dia nak recommend sapa-sapa kat saya. Tapi dia cakap, tak mengapa belum kahwin lagi pun, masih muda lagi. Kahwin ni bukan benda senang, tanggungjawab dalam berkahwin tu sangat besar. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

Mungkin kita masih belum bersedia nak pikul tanggungjawab, mungkin ada benda yang belum kita settle dengan orang tua kita dan mereka masih mengharapkan pertolongan dari kita. Jadi hati mereka berat nak lepaskan kita pun boleh jadi penyebab juga. Lebih kurang macam tulah ayat dia. Jadi saya terfikir, mungkin betul saya masih belum settle dengan ibu bapa saya.

Saya ingat lagi mak saya pernah cakap, dia kalau boleh nak runtuhkan rumah kayu yang sedia ada tu sebab dah terlalu uzur di makan anai-anai. Pernah dia beberapa kali cakap, tapi dia tak minta dari anak-anak. Tapi kita ni sebagai anak kena lah faham sendiri.

Kami memang dari keluarga yang miskin, rumah kami dulu sangat kecil, tak ada bilik. Bilik air di luar rumah. Dapur dan ruang tamu berkongsi. Situlah dapur situlah tempat tidur. Bayangkan? Saya membesar dalam keluarga yang sangat daif. Mak ayah menyara kami adik-beradik dengan hanya mengambil upah menoreh getah.

Tak pernah merasa ada TV sendiri dirumah. Kalau nak tengok TV pegi rumah jiran. Masa kami kecil dulu ingat lagi mak ayah paksa hantar kami sekolah, ada mulut yang cakap “ kalau dah keturunan bodoh tu tak kemana, tak payah la nak beria paksa anak pergi sekolah, tua nnti sama je dengan bapak dia” ayat tu mak saya ingat sampai sekarang. Tapi alhamdulillah Allah anugerahkan kami dengan kepandaian.

Kami ada 5 orang adik beradik, semua paling kurang ada degree dan salah seorang ada degree dari oversea. Masa abang ke oversea dulu abanglah satu-satunya orang kawasan tu yang belajar sampai luar negara. Alhamdulillah terima kasih mak ayah.

Okay bermulah lah cerita, dari rumah kayu yang kecik ruang dapur dan tamu berkongsi akhirnya abang start buat dapur, bilik dan bilik air. Rumah kayu tadi dijadikan ruang tamu. Alhamdulillah rumah dah semakin besar, lepas tu abang kahwin, isteri dia berhenti kerja.

Komitmen abang tinggi dah, kereta dia, kereta isteri, rumah. Tapi dia tak lupa bagi mak ayah setiap bulan. Abang kedua pulak sambung sikit rumah bahagian depan dan buat garaj. Alhamdulillah rumah makin luas. Lepas tu dia berkahwin. Seperti abang yang sulung, dia cuma bagi duit belanja untuk mak ayah setiap bulan, nak besarkn lg rumah tu dh tak mampu.

Lepas tu kakak saya pula bekerja, gaji dia tak lah besar sangat. Tak sampai 3k pun sebulan tapi dia boleh claim OT dan ada sedikit allowance. Kakak dia jenis jimat sikit setiap bulan dia akan buat saving. Lepas tu saya pula bekerja, saya start bekerja di umur 27 tahun sebab lepas degree dulu terus saya sambung master.

Sepatutnya saya kerja dulu, lepas tu baru sambung master sebab macam mana pun company akan tengok experience. Habis dulu pun kerja pakai degree je, ada master tapi x ada experience sangat jarang company nak ambil.

Bila dah start kerja, mak cakap lagi, ruang kayu tu dah kena tukar sebab anai-anai dah banyak, lagipun dah lama sangat dah. Lantai pun dah ada yang dah reput sedikit. Tapi masa tu abaikan apa yang mak cakap, sebab mak kata nak kumpul duit yang anak- anak bagi nak buat baru. Kami cuma diam je.

Balik kl enjoy macam biasa. Memang dalam hati ada niat nak bantu sedikit, tapi setakat kata-kata dlm hati. Masa tu dah ada steady bf, mak dia pun dah nak datang ke kampung nak melamar. Tapi halangan selalu ada, hati kami tetiba berubah, dia jumpa balik ex gf dia dan saya rasa tawar hati sangat2.

Akhirnya kami putus. Saya kenal lagi dengan yang lain, berkenalan seketika, cuba menjalin cinta tapi tak dapat, decided untuk kawan sahaja. Lama kemudian saya bercinta lagi dengan seorang lelaki ni, ya, saya sayangkan dia sangat-sangat dan dia pun sayangkan saya juga. Kami plan nak berkahwin. Di saat saya bertemu ibu-bapanya.

Ibunya tak izinkan kami meneruskan hubungan, alasannya saya orang jauh. Saya di timur dan dia di selatan. Mak dia ma ti-ma ti tak nak orang jauh. Katanya susah nak balik. Alasan agak tak logik sebab kami akan menetap di KL, bukan nya di kampung halaman saya.

Sedih memang sedih, tapi saya yang memutuskan hubungan sebab cinta tanpa restu orang tua susah nak bahagia. Akhirnya lepas berbulan-bulan kami dapat terima kenyataan. Saya terus dengan kehidupan solo saya. Lepas jumpa kawan bos saya tu, saya seperti terngiang-ngiang luahan mak yang ingin runtuhkan rumah kayu itu.

Saya cakap mungkin mak ayah saya belum merestui saya dan kakak berkahwin lagi, mungkin dia terfikir kalau saya dan kakak kahwin, kami akan jadi seperti abang-abang, cuma mampu bagi wang belanja setiap bulan, dan tak mampu nak keluarkan sejumlah yang besar untuk rumah tu lagi.

Selepas tu, saya berbincang dengan kakak nak buat loan untuk baiki rumah tersebut, kakak bersetuju nak share, rupanya dia ada saving dalam 30k. Saving saya masih tak banyak, jadi saya buat loan sebanyak 50k.

Duit tu kami bagi dekat mak untuk renovate rumah, abang-abang pun topup juga, cuma adik yang bongsu dia tengah dalam latihan SL1M, jadi dia masig belum mampu. Umur saya 30 tahun iaitu tahun lepas. rumah kami dah siap sepenuhnya. Dah jadi sebuah banglo dengan 5 bilik dan 3 bilik air. Orang tanya, renovate rumah tu anak nak kahwin ke, mak saya cakap iyalah nak kahwin. nanti senang, anak cucu ramai- ramai berkumpul tak lah runtuh. Ni orang naik ramai sikit pun mak dah risau takut runtuh sebab kayu dah reput.

Ya, hujung tahun 2017, tertiba customer yang selalu datang bank tempat saya kerja tu tanya saya, masih belum ada siapa2 ke? Saya cakap belum. Bermulalah cerita, katanya anak jirannya masih belum berkahwin, umur 34 tahun, kerja doctor. Dulu dia di salah sebuah hospital di pahang, tapi sekarang dah pindah balik kl.

Bapa dia dah risau anaknya sibuk bekerja sampai lupa nak berumah- tangga. Alhamdulillah, atas desakan customer saya tersebut akhirnya kami berjumpa. Selepas 3 kali berjumpa, dia ajak saya kahwin. Masa tu rasa terkesima, sebab semuanya berjalan dengan pantas. Keluarganya datang merisik sebelum puasa haritu dan telah sepakat nak menyatukan kami pada hari raya haji yang ke 5.

Semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang kami tengah buat persiapan perkahwinan. Doakan jodoh kami panjang. Kakak saya dia masih belum bertemu jodohnya, mungkin selepas saya nanti. Doakan kami.

Jadi, jangan risau soal jodoh tu, berbakti dulu kepada kedua ibu bapa kita, gembirakan hati mereka, supaya bila mereka berdoa, mereka boleh berdoa benda yang baik-baik untuk kita dengan berlapang dada. Allah dah tahu apa yang terbaik untuk kita.

– Shira via iium

Add Comment