3 Amalan Mudah Menjemput Rezeki

Disini dikongsikan 3 tips mudah menjemput rezeki. Perkongsian ini telah dikongsi dalam kuliah duha di Masjid Saujana Utama.

#1 Memaafkan

Semakin lama menyimpan den dam, hati akan semakin membusuk. Rezeki yang berkat tak singgah dalam hati yang berkeladak. Maafkan.

#2 Sedekah

Nak tahu sedekah tanpa guna duit? Doakan orang lain. Setiap hari, amalkan untuk mendoakan 3 orang sahabat kita tanpa mereka ketahui.

#3 Syukur

Usap perlahan-lahan biji mata kita. Sambil sebut dalam hati,
“Ya Allah, terima kasih masih sudi pinjamkan aku penglihatan ini, berapa ramai orang yang tak diberi nikmat ini. Terima kasih Allah”

Amalan Murah Rezeki Ustaz Azhar Idrus

Selamat beramal!

Add Comment