Nak Rumah Bebas Habuk Ikuti 5 Tip Mudah Ini

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Ibu bapa mesti sedia maklum, kesan habuk boleh menjejaskan kesihatan anak-anak. Malah orang dewasa juga tidak terkecuali. Paling dikhuatiri, boleh menjadi punca serangan asma yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Nyata sekali, habuk ini jika tidak dihindarkan daripada ruang kediaman membawa banyak masalah. Jadi ketahui bagaimana petua atau tip untuk membasmi habuk dan sekali gus mengelakkan rumah menjadi tempat habuk bersarang.

Cara Elak Rumah Berhabuk

1. Kurangkan peletakan hiasan atau  peralatan yang boleh  memerangkap habuk di dalam kediaman.

2. Letakkan alas kaki. Satu di luar pintu dan satu lagi di dalam kediaman. Ini bertujuan untuk memerangkap habuk daripada di bawa masuk ke dalam kediaman.

3. Guna blind dari kayu, metal atau plastik yang mudah dibersihkan berbanding kain.

4. Penggunaan sofa jika materialnya daripada fabrik, pastikan mempunyai zip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk terus terperangkap.

5. Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung  sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkannya lebih memerangkap habuk.

Ekstra Info!

Ada  3 Punca Rumah Senang Berhabuk

Penggunaan kipas. Memang benar, tujuan kipas digunakan untuk memberi rasa nyaman dan keselesaan. Pun begitu, kipas adalah perangkap habuk terhebat. Oleh itu, pastikan anda membersihkan kipas sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Jarak rumah terlalu hampir dengan jalan. Ini juga menjadi punca rumah lebih mudah terdedah dengan habuk. Apa yang perlu dilakukan pastikan pintu dan tingkap yang menghadap ke jalan ditutup sentiasa. Pun begitu, pastikan pintu atau tingkap di bahagian lain dibuka untuk aliran udara bersih masuk ke dalam ruang kediaman.

Dekat dengan kawasan pembinaan. Ini tidak dapat dinafikan, bila ada sahaja projek pembinaan baru berdekatan kediaman pasti memberi kesan. Biasanya jumlah habuk yang ‘singgah’ di dalam kediaman akan bertambah dua hingga tiga kali ganda daripada sebelum projek dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *