Lelaki Dari Kelantan Ini Jana Pendapatan RM300,000 Sebulan dari Youtube

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Nama Alieff Irfan tidak asing lagi bagi pengguna setia Youtube di Malaysia. Ini kerana video yang dimuatnaik oleh Alieff Irfan seringkali menjadi trending di Youtube Malaysia.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Bermula hanya sekadar suka-suka kerana minat yang mendalam dalam suntingan video, Alieff Irfan membuktikan bahawa dengan itu mampu menjana pendapat lumayan.

Kerana mahu fokus sepenuhnya sebagai selebriti Youtube, Alieff atau nama sebenar Muhammad Aliff Irfan Aziki, nekad untuk berhenti belajar di peringkat diploma di sebuah universiti tempatan.

“Saya mula hasilkan video di YouTube pada tahun 2016 dan asalnya hanya berkongsi mengenai apa yang berlaku di sekitar saya, pengikut atau subscriber ketika itu 1,000 orang sahaja. Setelah saya buat pembaharuan dan hasilkan filem pendek (short film) barulah subscriber bertambah.

“Sejak itu, saya menerima beberapa tajaan produk untuk pengiklanan. Memandangkan semester baru akan bermula dan masa terhad untuk menyelesaikan beberapa video yang tertunggak, saya ambil keputusan untuk berhenti belajar.

“Alhamdulillah, awal tahun ini jumlah pengikut saya di saluran YouTube Alieff Irfan sudah lebih satu juta subscriber. Apa yang boleh saya kata, setakat ini saya rasa tindakan berhenti belajar ini betul,” katanya kepada mStar Online.

Melalui penghasilan video dan filem pendek itu, dia menerima pendapatan hasil sumbangan iklan, promosi produk (product placement) dan jualan barangan cenderamata.

Sumber pendapatan itu sedikit sebanyak dapat membantu menyara keluarga dan dia turut membina sebuah studio produksi yang diberi nama Alieff Irfan Studio Production (AI Studios) dan menggaji lapan orang pekerja.

“Masa mula-mula tu emak tak faham apa yang cuba saya lakukan ini, dia hanya tanya saya buat apa ni? Video internet ni boleh pergi jauh ke, ada masa depan ke?

“Dulu saya pernah minta emak belikan kamera dan dia beli tapi… dia tak tahu apa saya nak buat dengan kamera itu dan dia hanya ikut permintaan saya kerana dia tahu ini hanya semata-mata kerana minat dan hobi.

“Alhamdulillah, sekarang ini saya berjaya buktikan melalui laman sosial kita boleh jana pendapatan. Walaupun tidaklah terlalu kaya tetapi sedikit-sebanyak dapatlah menampung kehidupan dan membeli sebuah kereta,” ujarnya.

Dalam pada itu, Alieff berkata, filem pendeknya yang menggunakan pertuturan sepenuhnya dalam loghat masyarakat Kelantan menyebabkan jumlah pengikutnya bertambah secara mendadak.

Walaupun Alief Irfan tidak memberitahu berapa jumlah pendapatan yang diperolehi sebulan, kami juga boleh menganggapnya dengan semakan di laman web socialblade. com.

Di dalam laman web socialblade. com, anda boleh menyemak anggaran pendapatan sebulan oleh Youtuber di seluruh dunia mengikut negara.

Hasil semakan kami mendapati anggaran pendapatan Alief adalah dalam lingkungan $5.6K – $90.1K. Setelah ditukarkan kepada tukaran ringgit Malaysia, jumlahnya adalah sebanyak RM300,000+.

Namun, jumlah itu adalah jumlah anggaran tertinggi diperolehi. Jika diambil dengan jumlah anggaran terendah iaitu $5.6K, anggaran pendapatan sebulan beliau di dalam ringgit Malaysia adalah RM22,000+. Pendapatan ini boleh berubah setiap bulan. Ini hanya sekadar anggaran sahaja.

Sumber: Blogammar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *