‘Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari.’ – Doktor Ini Jelaskan Khasiat Nenas Yang Ramai Tak Tahu.

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Boleh dah start kete pi cari nenas 

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Persediaan untuk makan malam – Nenas. Balik rumah tengok CikPuan isteri sudah beli nenas. Macam tahu tahu sahaja.

Nenas adalah superfood. Penting untuk hampir keseluruhan tubuh. Kalau mampu ambillah setiap hari.

SUMBER VITAMIN C

Nenas sarat dengan vitamin C. Vitamin penting untuk hapuskan lendir, kahak dan legakan sinus. Ini berdasarkan kajian di University of Maryland Medical Centre.

Vitamin yang cantikkan kulit.

BROMELAIN

Yang menarik tentang nenas ialah ia ada bromelain. Nutrisi yang hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteoarthritis.

Bromelain juga disebut antara bahan turunkan berat badan.

Menurut Experimental Neurology Bromelain boleh menghalang berlakunya alzheimer. Kalau kita mahu elak dari jadi pelupa, berjinak jinaklah dengan nenas.

MANGANESE

Antara nutrisi lain ialah manganese. Penting untuk otak. Manganese bekalkan tenaga pada sel otak. Bertindak seperti power bank.

THIAMIN (VITAMIN B1)

Seperkara yang saya suka tentang nenas ialah jumlah besar thiamin di dalamnya. Tugasnya tukarkan karbo, lemak dan protein kepada energi untuk tubuh. Ia juga disebut sebagai vitamin anti stress.

Petang petang balik kerja apa kata ambil sepotong nenas. Lepas makan baharulah pandu pulang. Pasti mood lebih baik.

Saya suka ambil terus. Sekali dengan empulurnya. Banyak mineral dan nutrisi di situ.

Apa kata cuba hari ini? Boleh boleh?

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link ni kalau nak join t.me/neuroversiti

#DrOtak

#Neuroparenting

#cocoOCOC

Sumber : Dr. Rizal Abu Bakar

10 Manfaat Khasiat Menarik Yang Mengujakan

#1 Kaya Vitamin C

Kandungan Vitamin C dalam nanas adalah separuh daripada keperluan harian vitamin C. Ia menentang kerosakan sel. Justeru, ia bagus dalam melawan masalah seperti sakit jantung dan sakit sendi.

#2 Sebagai Pertahanan Antioksidan

Nanas mengandungi mangan yang penting untuk pertahanan antioksidan.

#3 Baik Untuk Tulang

Ia juga baik bagi membentuk tulang yang kuat. Gabungan mangan dan beberapa mineral yang lain dikatakan dapat mengelakkan osteoporosis. Ia juga melawan penuaan dan penya kit dengan melindungi sel-sel tubuh.

Perkembangan tulang dalam tubuh orang muda dan menguatkan tulang orang tua dapat dikesan melalui pemakanan nanas.

#4 Untuk Penghasilan Tenaga

Kandungan thiamin di dalam nanas juga tinggi. Thiamin merupakan vitamin B yang terlibat dalam menghasilkan tenaga.

#5 Mengurangkan Risi ko Sa kit Mata

Nanas bagus untuk mengurangkan risi ko penya kit mata seperti katarak yang biasanya terjadi ketika usia meningkat. Ia diperolehi daripada kandungan vitamin C di dalamnya dan juga antioksidannya.

Hasil kajian menunjukkan pengambilan vitamin C penting untuk mengelakkan katarak.

#6 Untuk Usus Yang Sihat

Serat di dalam nanas memastikan usus sentiasa sihat.

#7 Ezim Bromelain

Selain itu ia juga mengandungi bromelain iaitu sejenis enzim yang memecahkan protein dan membantu pencernaan. Bromelain juga berfungsi mengurangkan masalah keradangan dan risiko tumbesaran tumor serta risiko penggumpalan darah.

Bromelain merupakan bahan di dalam nanas yang paling banyak dikaji. Ini kerana ia hanya ditemui di dalam nanas.

Kandungan bromelain di dalam nanas menyebabkan jus nanas digunakan untuk melembutkan daging dalam masakan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Saarland, bromelain di dalam nanas membantu dalam menyembuhkan luka. Losyen yang dibuat berasaskan bromelain menunjukkan ia turut membantu dalam penyembuhan kulit terbakar pada manusia.

#8 Baik Untuk Batuk

Jika batuk berkahak dan berhingus, dicadangkan untuk anda makan nanas.

#9 Untuk Kesu buran

Kandungan vitamin dan mineralnya dikatakan bagus untuk kesu buran lelaki dan

wanita.

#10 Sumber karbohidrat

Nanas adalah sumber karbohidrat yang diperolehi daripada gula seperti fruktosa,sukrosa, dan glukosa di dalamnya.

Satu cawan potongan nanas mengandungi 82 kalori. Nanas juga bebas lemak dan bebas kolesterol selain rendah kandungan sodium. Kandungan gula di dalamnya ialah 16g secawan.

Khasiat nanas dalam tin adalah kurang berbanding nanas segar. Oleh itu, untuk mendapatkan khasiat sebenar, nanas segar adalah lebih baik.

Minum jus nanas yang dikisar sendiri lebih baik daripada membeli jus yang dijual di kedai dan pasaraya. Ini kerana dikhuatiri kandungan gula dan air yang dicampurkan ke dalamnya menghilangkan nilai khasiat sebenar nanas.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *