‘Menangis Sebaik Tersedar’ – Dakwa Nampak Api Buatkan Rasa Takut Untuk Sujud, Lelaki Ini Berdiri Kaku Ketika Solat Di Masjid

Sejak semalam tular di laman Fa ce bo ok dengan satu video yang dikatakan seorang lelaki berdiri tidak bergerak ketika solat di sebuah masjid. Menurut kapsyen yang ditulis melalui perkongsian berserta rakaman itu, kejadian tersebut berlaku di Masjid Negeri Sabah, Kota Kinabalu.

Berdiri Kaku

Menurut cerita dari kawan pemilik akaun Fa ce bo ok itu, lelaki dalam video berkenaan hanya berdiri dari pukul 2 lebih sehingga mereka selesai solat Asar.

“Seolah dia tersangkut di sana sambil mata tertutup tapi masih bernafas. Waktu Asar jemaah solat dan dia masih dalam keadaan begitu. Berdiri kaku.”

Tambahnya lagi, selesai Asar petugas atau Bilal masjid bacakan ayat suci dan dia baring. Tidak lama kemudian pemuda itu tersedar dan tubuhnya kesejukan, muka ketakutan dan menangis.

Berikut adalah video yang mendapat perhatian orang ramai

Perkara Sebenar Yang Terjadi

Bagaimanapun hari ini, laporan dari Harian Metro hari ini yang menemubual pengawal keselamatan Masjid Negeri Sabah, Arawan Hassan, 47 menceritakan perkara sebenar yang berlaku pada pada waktu kejadian.

Menurut Arawan, sebelum solat Asar lelaki itu menunaikan solat Zohor di ruang solat di tingkat atas dan tiada sebarang kejadian pelik yang berlaku.

“Ketika solat Asar, lelaki itu naik semula untuk menunaikan solat. Ketika jemaah lain sedang tahiyat akhir, lelaki itu hanya berdiri kaku dan tidak bergerak sehinggalah selesai solat dan dia masih bersidiri,” cerita Arawan.

Imam Baca Rukyah

Ujarnya lagi, dia kemudian menepuk belakang tubuh lelaki itu dan memberi salam, namun dia masih kaku. Kemudian Imam membacakan ayat rukyah dan setengah jam selepas itu lelaki itu sedar dalam keadaan badannya menggigil sambil menangis.

Selepas itu lelaki berkenaan disuruh menyebut namanya dan dia memberitahu namanya sebelum mengadu kelaparan.

Sering Meracau Dan Bercakap Sendiri

Menurut Penyelia Pembersihan Masjid Negeri Sabah, Amir Amri, mereka difahamkan lelaki itu sering meracau dan bercakap sendiri. Malah dua hari sebelum kejadian juga dia bersikap demikian.

“Lelaki itu turut mendakwa ternampak api menyebabkan dia keta kutan dan menggigil serta tidak sujud. Malah perkara sebegini bukan pertama kali berlaku dan janganlah kita fikir bukan-bukan sehingga menjadi syirik,” katanya.

Amri yang juga pengamal perubatan Islam dari Darussyifa turut berkata mereka ini mengalami gangguan dan sebaik dibacakan ayat rukyah, keadaan mereka akan kembali baik.

VIDEO :

Sumber: Harian Metro

Add Comment