Kanak-Kanak Berusia 4 Tahun Ini Perlu Menjalani Pembed4han Mata Kerana Menggunakan Telefon Pintar Secara Berlebihan

Pada masa kini, peranti tanpa wayar seperti telefon pintar, tab  dan lain-lain dilihat sebagai sebahagian daripada kehidupan kita yang mana kita tidak boleh hidup tanpanya.

Walau bagaimanapun, tidak ramai yang tahu bahawa alat elektronik ini memancarkan cahaya biru yang boleh memud4ratkan kesihatan kita.

Walaupun penggunaan peranti dalam masa yang singkat mungkin memberi kesan yang tidak serius kepada kesihatan kita, namun cahaya biru boleh memberi kesan besar kepada mata selepas pended4han yang lama.

Itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dari Thailand yang terpaksa menjalani pembed4han mata akibat menggunakan telefon bimbit secara berlebihan.

Menurut ayahnya, Dachar Nuysticker Chuayduang, dia telah membenarkan anaknya menggunakan peranti tersebut seawal umur dua tahun.

Semakin lama, kanak-kanak perempuan ini menjadi ket4gih dengan penggunaan telefon bimbit dan secara beransur-ansur, menghidap ‘lazy eye‘ ketika berumur 4 tahun.

Lazy eye‘ atau amblyopia terjadi apabila penglihatan menjadi c4cat namun masalah itu tidak dapat diperbetulkan dengan bantuan cermin mata. Tambahan pula, kec4catan itu bukanlah disebabkan oleh sebarang peny4kit mata.

Encik Dachar berkata, anaknya itu turut diberikan cermin mata untuk memperbaiki keadaan matanya. Walau bagaimanapun, penglihatan matanya menjadi semakin tervk dari masa ke masa sehingga ke tahap di mana matanya perlu dibed4h.

Ketika itulah baru dia sedar bahawa keadaan mata anaknya yang bermas4lah itu adalah berpunca daripada penggunaan telefon bimbit yang berlebihan.

Mujurlah pembed4han tersebut berjalan lancar dan kini mata kanak-kanak ini sedang menjalani proses pemulihan. Walau bagaimanapun doktor telah melarang sama sekali kanak-kanak ini daripada menonton televisyen atau telefon pintar.

Berikutan kejadian itu, Encik Dachar memutuskan untuk berkongsi kisah anaknya itu dengan ibu bapa di luar sana supaya dapat dijadikan iktibar. Encik Dachar juga berharap agar ibu bapa sentiasa mengawasi penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak yang masih kecil.

Tidak dinafikan memang sukar untuk melarang kanak-kanak terutama yang masih kecil daripada menggunakan telefon pintar, namun ibu bapa tidak boleh memandang remeh akan perkara ini.

Ibu bapa perlu menetapkan sendiri had masa untuk kanak-kanak menggunakan peranti tanpa wayar ini. Ini kerana, mata kanak-kanak masih belum cukup kuat untuk menerima cahaya biru yang mana lebih memud4ratkan mereka berbanding orang dewasa.

Jika anda sayangkan anak anda, ambil tindakan sewajarnya. Mungkin lebih baik anda membiarkan anak anda menangis kerana tidak dapat bermain gajet kesukaan mereka daripada anda menangis kerana tidak dapat menyelamatkan mereka daripada mende rita peny4kit mata yang berb4haya.

Sumber: Dachar Nuysticker Chuayduang /  via Erabaru

Add Comment