Wanita, Jangan Makan 4 Makanan Ini Kalau Tak Nak Kulit Berkedut

Bukan namanya wanita kalau sehari tak belek kulit berkedut di depan cermin. Setiap wanita pasti mahukan kulit yang cantik dan tampak awet muda. Kalau boleh nak kulit mulus macam baby. Tapi ramai wanita yang lakukan kesilapan dengan mengambil makanan yang cepatkan penuaan.

Saya sendiri pun tidak menyedari kesilapan ini sehinggalah terbaca fakta yang dikongsikan dalam web di luar negara. Makanan berkhasiat membekalkan nutrien yang diperlukan tubuh, ia membantu kita sihat dan sangat bermanfaat merawat kecantikan.

Namun terdapat juga makanan yang tidak baik diambil secara berlebihan. Bukan sahaja bahaya untuk kesihatan malah ia juga mempercepatkan proses penuaan. Jom kenali empat jenis makanan tersebut.

Garam

Mengambil garam berlebihan (500 mg sodium sehari) akan mengudang pelbagai penya kit seperti darah tinggi. Selain itu, garam juga boleh melemahkan kulit kerana ia menye rang kolagen. Akibatnya kulit mudah kendur. Golongan yang mengambil garam secara berlebihan kebiasaannya mengalami masalah bengkak di bawah mata. Sudah pasti situasi ini mencacatkan kecantikan wanita.

Gula

Tahukah anda gula boleh menambahkan laluan insulin yang memberi kesan kepada salur darah seterusnya mempercepatkan proses penuaan. Perkara ini diakui oleh Pakar Kulit, Doris J.Day. Pengambilan gula tanpa kawalan juga menyebabkan penya kit merbahaya seperti kencing manis dan boleh menyebabkan kegemukan atau obesity.

Elakkan makanan yang manis terutama minuman bergas dan pencuci mulut seperti ais krim serta kek. Gantikan dengan snek sihat seperti buah-buahan. Jika kita kurangkan pengambilan gula, kulit akan menjadi lebih segar dan berseri. Amalkan dalam masa seminggu, anda dapat melihat hasilnya.

Makanan Pedas

Tidak dinafikan makanan pedas dan berempah dikatakan baik untuk meningkatkan metabolisme tubuh namun ia memberi kesan negatif kepada kulit. Makanan pedas boleh mengembangkan salur darah terutama bagi yang mengalami menopaus. Kapilari ini menyebabkan kulit kelihatan kusam, lesu dan tua.

Kopi

Ini salah satu minuman kegemaran masyarakat dunia tanpa mengira bangsa. Pengambilan kopi dikatakan dapat memberi kesegaran pada mata dan menjadi terapi untuk sesetengah orang. Tetapi faktanya, pengambilan kopi yang keterlaluan akan menyebabkan gigi menjadi kuning. Selain itu, kopi juga mengeringkan tubuh.

Akibatnya kulit mudah menjadi kering dan penuaan berlaku dengan cepat. Kedutan mudah kelihatan di bahagian mata dan tepi bibir. Sebaik-baiknya, untuk tampak awet muda tinggalkan kopi. Gantikan dengan jus buah-buahan segar dan air putih yang sangat baik untuk kecantikan dalaman serta luaran.

Add Comment