Buah Kiwi Kaya Dengan Vitamin Dan Membantu Dapatkan Tu buh Yang Sihat

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Walaupun mungkin ramai yang tidak menggemari buah kiwi kerana rasanya yang agak masam, namun tahniah kepada mereka yang sememangnya menggemari buah kiwi.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Kiwi adalah sejenis buah beri dengan kelompok kultivar dari kayu pohon anggur Actinidia deliciosa dan hibrida dari spesies pada famili Actinidia. Actinidia asli berasal dari Shaanxi, Cina.

Buah kiwi yang normal berbentuk oval, kira-kira sebesar telur ayam (5–8 cm / 2–3 in dan diameter 4.5–5.5 cm / 1 3/4–2 ). Buah ini kaya serat, kulit berwarna hijau-kecokelatan dan daging buah berwarna hijau terang atau keemasan dengan biji kecil, hitam, dan bisa dimakan. Tekstur buah ini sangat halus dan rasanya yang unik, saat ini buah kiwi sudah ditanam di berbagai negara.

Buah ini awalnya bernama Gosberi Cina, buah ini dinamai kembali dengan untuk tujuan pemasaran pada tahun 1950-an, menjadi melonette, kemudian kiwi. Nama buah ini berasal dari kiwi iaitu sejenis burung yang tidak boleh terbang.

Buah Kiwi bukan sahaja sedap (bagi mereka yang menggemari) malahan mempunyai pelbagai khasiat tersembunyi khasnya kepada mereka yang menghidap penya kit Parkinson dan Alzheimer.

Buah kiwi merupakan buah yang kaya dengan vitamin dan dapat membantu mendapatkan tubuh yang sihat.

Vitamin C

Vitamin C merupakan agen anti oksida yang dapat melindungi dari terdedah kepada an caman radikal penya kit seperti ba rah dan sa kit jantung. Selain itu, khasiat yang terdapat di dalam buah kiwi ialah dapat mence gah daripada penya kit Parkinson dan Alzheimer.

Mata sihat

Bukan sahaja lobak merah yang bermanfaat untuk kesihatan mata. Buah kiwi juga dapat membantu mendapatkan mata yang sihat kerana ia mengandungi Lutein dan Vitamin A. Lutein dapat membantu mata dalam penyerapan cahaya biru yang mero sakkan mata, dan dapat mencegah degenerasi makula iaitu penya kit yang boleh menyebabkan kebu taan kepada golongan dewasa dan mereka yang berumur 55 tahun ke atas.

Penghadaman protein

Buah kiwi dapat membantu dalam penghadaman protein tubuh. Anda perlu tahu bahawa penghadaman protein yang tidak baik boleh menyebabkan pengeluaran toksin dalam badan dan boleh menyebabkan masalah seperti pertambahan berat badan, masalah badan berbau, dan juga nafas berbau.

sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah..

semoga bermanfaat. sila like & share!

Sumber: Dakwah Tv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *