Sampai Hati Cikgu Gelakkan Dan M4rah Anak Saya Hanya Kerana Bin Abdullah

Salam admin, tolong hide profil saya. Saya nak minta pendapat warga KRT.

Anak saya berbinkan Abdullah. Baru saja tadi hari pertama persekolahan. Pertama kali anak sekolah agama, darjah satu.

Selama ini sekolah rendah tak ada masalah pun. CIkgu tanya pun okay, dah tutup cerita.Tadi masa hantar ke kelas, cikgu okey, ramah saja. Dah okey, anak pun dah duduk, saya pun keluar.Dah jauh sikit, tergerak hati nak patah balik.

Cikgu panggil anak saya.

“ bin Abdullah.” Anak saya pun pergi ke arahnya. Masa itu saya menyorok di luar pintu. “Abdullah ini siapa?” soal cikgu terbabit.

Anak saya hanya mendiamkan diri. Cikgu itu bertanya lagi soalan yang sama, anak saya menggelengkan kepala. “MashaAllah, takkan awak tak kenal Abdullah siapa?” soal cikgu itu lagi.

Anak saya diam. Terus cikgu itu suruh duduk, dia cakap MashaAllah. Selepas itu dia gelak. Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya. Saya tahu ini salah saya dengan suami, tetapi jangan buat anak saya seperti itu.

Cikgu itu marah anak saya di depan kawan-kawannya. Mahu saja saya bersuara tetapi entah, jiwa saya lemah. Rasa nak marah, nak menangis pun ada. Selepas anak saya duduk, saya melambai-lambai pada dia dan terus balik.

Kenapa ye? Ini ke balasan di atas dosa-dosa silam saya? Kadang-kadang saya rasa dunia ini tidak adil. Orang yang berxin4 mengandung dari 1-5 bulan tak letak bin Abdullah.

Sedangkan yang mengandung 6-9 bulan, berbinkan Abdullah. Yang dah lahirkan pula tak perlu bin Abdullah. Bukan nak cakap apa, mungkin disebabkan ini ramai yang buang b4yi.

Hmm, entahlah. Tetapi saya sayang anak saya. Tak mungkin saya nak buang dia.Tetapi kenapa ada juga orang yang menghi na dia seperti itu? Patut ke dia jadi cikgu agama?

Tak apalah, yang penting anak saya nak sekolah agama. Kata-kata itu cuma menyakitkan hati tetapi itu bukan bermakna saya lemah.Saya akui itu semua salah saya. Jangan salahkan anak saya, dia tak bersalah pun. Tetapi apa yang patut saya buat? Nak pindah sekolah, tak mungkin kami akan pindah lagi. Nak beritahu suami pun serba salah sebab mulut suami pedas, Takut jadi bergaduh pula nanti.

Kredit :  The Reporter & KRT

Keputusan benarkan bin bapa anak luar nikah langgar syarak

KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan kepada bapanya menimbulkan polemik dan keresahan dalam kalangan umat Islam, ulama dan ahli perundangan Islam.

Ia dilihat bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang sebelum ini memutuskan anak tidak sah taraf, sama ada diikuti dengan perkahwinan ibu bapanya atau tidak, hendaklah dibin atau dibintikan dengan nama Abdullah yang bermaksud hamba Allah.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan bekas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad, bersependapat keputusan itu bertentangan dengan hukum syarak seperti yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Mohd Tamyes berkata, ketetapan itu diputuskan selepas mengambil kira pandangan ulama dan dalil al-Quran yang menjelaskan maksud anak tidak sah taraf, iaitu anak yang lahir kurang daripada enam bulan selepas tarikh perkahwinan.

“Ada fatwa beberapa negeri yang memutuskan anak yang dilahirkan di bawah tempoh enam bulan, boleh dinasabkan pada bapanya, atas alasan tidak mahu anak itu kelak menanggung malu.

“Hakikatnya, anak itu tidak wajar menanggung malu kerana ibu bapanya yang berdosa. Tidak mustahil selepas ini ramai anak tidak sah taraf akan membuat permohonan untuk dibin atau bintikan kepada bapa mereka.

Rujuk mahkamah syariah

“Mahkamah sepatutnya memperakui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan negeri, di samping merujuk kepada mahkamah syariah dalam hal berkaitan agama Islam,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan bidang kuasa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hanya tertakluk kepada Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957 dan tidak terikat dengan fatwa.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli berkata, Ketua Pengarah JPN bertindak secara tidak rasional apabila enggan mengubah nama bapa daripada ‘Abdullah’ kepada nama sebenar bapa anak berkenaan dalam sijil kelahiran, atas dasar fatwa yang dikeluarkan.

Pandangan Mohd Tamyes itu disokong Hassan yang menegaskan, adalah berdosa jika anak tidak sah taraf itu dibin atau dibintikan pada bapanya susulan keputusan mahkamah itu.

Bagaimanapun, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, memuji keputusan itu yang seiring dengan keputusan fatwa negeri berkenaan yang membolehkan anak yang lahir kurang dari enam bulan, dibin atau dibintikan kepada bapanya.

Beliau mendakwa keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu menzalimi anak terbabit dan ibu bapa mereka sepanjang hayat.

Berpandukan Mazhab Shafie

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata jika anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan pada bapanya, ia akan menimbulkan kekeliruan dan pelbagai masalah seperti ketika mahu berkahwin dan pengagihan harta pusaka.

Katanya, bapa berkenaan tidak boleh menjadi wali kepada anak tidak sah taraf dan jika ia berlaku, perkahwinan itu tidak sah.

“Jika berlaku kematian pula, bapa atau anak itu tidak layak menerima harta pusaka dan jika diberikan juga, ia dikira merampas hak orang lain.

“Saya menghormati keputusan mahkamah, namun keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dibuat berdasarkan pandangan Mazhab Shafie,” katanya.

Katanya, ada pendapat lain membenarkan anak itu dibin atau dibintikan pada bapa, namun setiap keputusan perlu berpandukan Mazhab Shafie yang diamalkan di negara ini.

Sumber: Bharian

Add Comment