Bimbang Anak Istimewa Ganggu Penumpang Lain, Ibu Ini Selit Sesuatu Bersama Snack Waktu Penerbangan Dapat Pujian Ramai.

Tak mudah nak bawa anak istimewa naik kapal terbang. Sebab ragam anak-anak istimewa ini di luar jangkaan. Jadi, sebelum meneruskan niat, ibu ini Rosmarlina Binti Abd Ghani buat persediaan awal.

Agar penerbangan pulang bercuti ke kampung halaman bersama anak istimewanya, Dhiyauddin Anas Bin Yusop berjalan dengan tenang.

Antara usaha ibu ini adalah sediakan nota dan snack untuk diedar kepada penumpang ketika perjalanan balik kampung dengan kapal terbang dari Jepun ke Malaysia.

“Saya ada seorang anak autisme. Sekarang berumur 10 tahun. Sudah 14 tahun, kami tinggal di Jepun.” Ketika ini, Rosmarlina menetap di Osaka, Jepun.

Kami bermastautin di Jepun dan kebiasaannya pulang ke Malaysia setahun sekali untuk bercuti dan melawat keluarga.

Sebelum pulang bercuti bulan Januari tahun lepas, saya siapkan nota beserta sedikit snack untuk diberikan pada penumpang berdekatan kami.

Ini yang akan berlaku dalam penerbangan :

Memandangkan Anas anak unik, kami akan bertepuk dengan kuat.

Perjalanan selama 7 jam ke Malaysia, Alhamdulillah. Baik-baik saja. Penumpang berdekatan dengan Anas juga memahami dan menerima buah tangan ini dengan hati terbuka.

Namun perjalanan pulang ke Osaka dari Malaysia agak mencabar sedikit. Sebab ada tangisan selama 10 minit.

Akhirnya dapat dikawal dengan baik. Saya berikan pack kecil ini pada pramugari Air Asia juga dan mereka menerimanya dengan senyuman gembira.

Persediaan Awal Untuk Mak Ayah Bawa Anak Autisme Naik Kapal Terbang

Preparation untuk menaiki kapal terbang perlu bawa buku, snack, social story gambar kapala terbang.

Terangkan pada anak, dia akan naik berapa jam.

Kalau boleh biarkan duduk tepi tingkap supaya anak boleh lihat ke luar. Di sini semasa pemilihan seat dan booking seat sangat penting.

Standby juga tablet, download movie yang Anas suka. Tapi memberi tablet adalah pilihan terakhir bagi kami.

Saya juga bawa 3 lagi anak bersama. Perasaan risau pasti ada bila naik flight dengan anak autisme ini. Yang penting, be prepared dan tenang bila berlaku apa-apa yang tak disangka.

Kerjasama antara suami dan adik beradik Anas yang lain juga penting. Masing-masing kena peka dengan Anas dan beri kerjasama dengan baik.

Keluarga Ini Membesarkan Anak Autisme Di Jepun

Kelurga bahagia

Terbaik Adik Beradik

Sumber/Foto : Rosmarlina Binti Abd Ghani, Ummi Anas, Osaka Japan, mingguan wanita

Add Comment