ANAK ANAK MAKAN TEPI LONGKANG, IBU BAPA BELAI ANAK DUDUK ‘RAMPAS’ MEJA MAKAN KANTIN SEKOLAH

Dipetik dari FB Cikgu Fadli, situasi sama yang berulang tiap kali musim persekolahan bermula.

Ikuti luahannya dibawah:

Hari pertama persekolahan tahun ini, kejadian menyedihkan ini berlaku lagi. Tidak di sekolah aku, tapi bertaburan di sekolah seluruh Malaysia.

Ramai kawan-kawan Fb aku update status geram dan menyampah dengan golongan ibubapa yang duduk di kerusi kantin saat murid sekolah rehat.

Aku sendiri cukup marah dan pantang dengan geng yang suka mengambil hak murid di kantin untuk membelai anak kesayangan mereka sedangkan murid lain terpaksa makan tepi longkang.

Sampai bila mentaliti jamban macam ini kena teruskan?

Cikgu-cikgu dan ibubapa lain tolong la tegur jika ada ibubapa lain ambil hak murid untuk duduk di meja makan sewaktu rehat. Tolong la tegur. Tolong!

Kalau kerusi meja ada banyak kosong, silakan la duduk sebelah anak. Nak suap pun sila lah.

Tapi bila kerusi meja hanya cukup-cukup untuk murid, tolong jangan duduk nak belai anak kita sahaja. Cakna la sikit. Hati tu biar ada perasaan sikit kat murid lain yang tidak ditemani oleh ibubapa sewaktu hari pertama persekolahan.

Entah murid itu anak yatim. Entah ayahnya lumpuh di rumah sementara ibu perlu menjaga adik-adik yang lain. Entah ibu ayahnya bertarung nyawa di hospital.

Dan hak anak sebegini kau orang rampas? Hak anak ini nak duduk dan makan pun kau orang sanggup ambil demi nak belai anak sendiri?

Apa sudah jadi dengan hati dan perasaan kalian? Sudah mtikah perasan itu?

Jangan pentingkan diri. Jangan!

Baguslah kalian hadir siap ambil cuti lagi hari ini semata-mata nak bagi sokongan pada anak. Sikap itu bagus sangat dah.

Maaf cakap, tapi sikap golongan yang suka ambil hak murid lain sebegini memang fikiran mereka tahap mentaliti jamban. Hati kalian memang tak ada perasaan!

Tolong berubah. Tiada siapa tahu nyawa kita ini bila akhirnya. Tiada siapa tahu sihat kita ini sampai bila.

Saat itu tiba, saat anak-anak kesayangan kita terpaksa hadir sendirian ke sekolah di hari pertama, nak tak kita lihat anak kita makan tepi longkang kerana ibubapa lain ambil hak anak kita untuk duduk di kerusi dan makan?

Jika nak begitu, silakan terus bersiap demikian.

Dan kepada ibubapa lain yang sangat prihatin dan ada kesedaran, tolonglah tegur geng mentaliti jamban ini.

Aku sungguh sedih melihat hal ini berlaku saban tahun. Sangat!

************

– Gambar hiasan ehsan Google sahaja –

#MFS

Tahun lepas Cikgu Fadli telah pun meluahkan perasaan tentang isu yang sama.Nampaknya kesedaran di kalangan ibu bapa masih kurang.
Ikuti catatannya yang dipetik tahun lepas.

2018 -‘Kerusi di kantin adalah hak murid, bukan tempat untuk ibu bapa duduk dan layan anak-anak sendiri’

Teguran pernah dibuat sebelum ini, namun masih ada ibu bapa yang mengulangi perbuatan mereka iaitu merampas tempat duduk murid di kantin sehingga murid-murid yang lain terpaksa makan berdiri dan paling teruk, langsung tak menjamah makanan ketika waktu rehat.

Ibu bapa yang tidak bertanggungjawab ini hanya mementingkan anak tekak anak-anak mereka sahaja tanpa memikirkan murid-murid yang lain. Di kala berbangga dengan gambar selfie sedang menyuap anak di kantin acah-acah sweet moment bahagia etc, mereka tidak sedar mereka telah menganiaya murid-murid yang lain.

Sekali lagi, Cikgu Mohd Fadli Salleh tampil memberikan teguran kepada ibu bapa, berhenti dari terus merampas hak dan menganiaya murid-murid Tahun Satu di kantin.

TERLIHAT gambar pertama yang dikongsi seorang sahabat, terus menyirap drah ke muka. Aku marah sangat! Banyak kali aku tulis mengenai hal ini sejak bertahun-tahun dulu lagi.

JANGAN AMBIL HAK MURID!

Kerusi di kantin itu adalah hak murid, tempat murid duduk untuk makan. Bukannya tempat untuk ibu bapa duduk dan melayan anak-anak sendiri sehingga murid lain termangu-mangu tiada tempat hendak tuju.

Kes sebegini sudah banyak kali aku hadapi dari dulu lagi. Aku tak pernah segan silu nak ‘sound’ ibu bapa yang ambil tempat duduk. Dengan nada marah, dengan nada keras aku akan bersuara. Siapa sahaja yang ambil hak anak-anak aku, aku akan sound direct. Nak terasa? Silakan, memang aku harap sangat mereka terasa.

Apa punya manusia tak fikirkan hak orang lain? Tak fikirkan murid lain yang datang tanpa ditemani ibu bapa? Aku sangat marah kerana hal ini berlaku pada aku tujuh tahun lalu. Satu kisah benar yang menimpa aku sebagai guru tahun satu. Aku pernah tulis dulu dan hari ini aku tulis lagi.

Seorang anak yatim, ayahnya sudah lama mennggal dunia. Ibunya pula sakit knser kalau tak silap dan terpaksa ditahan di wad. Ibu saudaranya yang menjaga budak itu. Dan di hari pertama persekolahan, tanpa sesiapa yang teman, dia terkebil-kebil bersendirian. Berdiri diam di tepi tiang sambil menyaksikan betapa kejam orang dewasa duduk di tempat dia sambil menyuap anak mereka makan.

Waktu rehat tamat, murid itu kelaparan namun tidak sempat makan. Masa dia letak pinggan yang masih penuh tanpa disentuh, baru aku perasan. Aku duduk dan tunggu dia makan. Temankan dia walaupun dia dah kalut nak masuk kelas kerana semua kawan-kawannya sudah bergegas masuk kelas. Dia takut kena marah dengan cikgu, dia rela berlapar kerana risau lambat masuk kelas.

Namun dengan jaminan aku, dia akhirnya akur untuk makan. Aku tunggu sampai dia selesai dan aku hantar dia ke kelas. Itu anak yatim yang kau orang dewasa kejam ambil hak dia.

Kau paparkan gambar bahagia menyuap anak tercinta di kantin, padahal sebenarnya kebahagiaan kau itu meragut hak anak yatim!

Sejak itu, aku memang cukup pantang kalau ibu bapa duduk di kantin waktu murid ramai. Waktu lapang, silakanlah, waktu sesak tak payah!

Kau lihat gambar terakhir, itu gambar ibu bapa murid sekolah aku. Tidak berani mereka duduk mengambil hak murid-murid aku kerana aku berpesan dengan tegas.

“Jangan sesekali duduk di kerusi kantin selagi ada murid masih berdiri mencari tempat duduk. Jika ada ibu bapa duduk, sedangkan murid tercari-cari tempat, aku akan marah,” itu yang aku ungkapkan di hari orientasi beberapa hari lepas dan diulangi berkali-kali menandakan aku memang serius tentang hal ini.

Semalam, hari pertama nampaknya semua ibu bapa murid aku faham. Mereka ajar anak mereka membeli, mereka ajar anak mereka menerima baki, mereka suap anak mereka dengan penuh kasih sayang, namun mereka tidak duduk selagi ada murid berdiri mencari tempat.

Tahniah buat ibu bapa murid Sk (1) Gombak atas kerjasama erat ini.

Guru-guru Tahun Satu seluruh negara, sila bertegas dengan hal ini. Jangan biarkan ibu bapa yang tiada perasaan terus menerus ambil hak anak-anak murid kita.

Gambar pertama kiriman sahabat. Sekolah tidak dapat dikenal pasti. Kalau aku tahu pun, aku rahsiakan juga. Ada benda boleh bertolak ansur, ada benda memang kena bertegas.

Sumber: Cikgu Mohd Fadli Salleh

Add Comment