“Bukan Nak Panaskan Lagi Keadaan” – Noorkhiriah K0ngsi Pengalaman Bersama Jururawat, Ramai Puji

Pelakon Noorkhiriah berkongsi sepotong video apresiasi bersama sekumpulan jururawat dan seorang doktor yang merawat ibunya di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.

Menerusi video pendek itu, Noorkhiriah berterima kasih kepada tenaga kerja yang tidak jemu-jemu memberikan layanan terbaik kepada ahli keluarganya.

“Niat saya post video ni nak ucap terima kasih, tak ada niat lain dan kebetulan ada kes tengah panas.

“Maaf saya bukan nak mmanaskan lagi keadaan, mereka jaga mak saya dalam keadaan Alhamdulillah.

“Salah ke saya nak ucapkan terima kasih? Hanya itu saja yang mampu saya buat.

“Saya ni dah suam kuku nak ucap terima kasih kat TV, surat khabar semua… Maka inilah mediumnya,” tulisnya.

Perkongsian itu mendapat pujian daripada peminatnya di Instagram yang rata-ratanya terdiri daripada petugas di hospital terutama jururawat.

Malah, ada yang mendedahkan sanggup berlapang dada untuk membantu ahli keluarga yang sentiasa merendah diri ketika datang menziarah ke hospital.

Baru-baru ini kecoh apabila anggota kumpulan Elite, Linda Rafar memuat naik keluhannya terhadap layanan acuh tak acuh seorang jururawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Tindakan menularkan isu terbabit mencetuskan ketegangan dan membakar emosi segelintir pihak terutama petugas sektor perubatan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

sumber layanvideo

Add Comment