Manfaat Terapi Mandi Ais, Hilangkan Bisa Dalam Badan, Lenguh Sendi & Gangguan Makhluk Halus

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram



Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Rupanya banyak kelebihannya bila amalkan terapi mandi ais ni. Lebih-lebih lagi untuk kesihatan diri dan dalaman. Jika mak-mak rasa badan cukup lesu,bisa-bisa, lenguh sendi, susah tidur, sakit belakang dan sebagainya boleh cuba amalkan terapi mandian ais ini. Ia salah satu ikhtiar untuk memulihkan kesihatan diri malah dikatakan mampu menghindarkan daripada gangguan.

Berikut merupakan perkongsian dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidinsebagai rujukan.

Bila badan penuh angin, badan penuh bisa-bisa, beginilah cara saya menghilangkan bisa dalam badan, lenguh sendi, sakit belakang, sakit kepala, susah tidur malam dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan gangguan makhluk halus.

Buka peti Ais tengok ada limau nipis, kebetulan dah beberapa hari tak Mandi Ais.Badan pun dah bisa.Sebelum ni pun saya ada share cara mandi ais.Setiap kali badan rasa tak selesa saya pasti akan mandi ais.

Bahan Yang Diperlukan:

  • 5 biji limau nipis
  • Baldi
  • Air Kolah masjid (jika ada)
  • Ketulan Ais

Cara-Caranya:

  1. Ambil limau nipis dan dipotong dua.
  2. Kemudian perahkan limau nipis tersebut di dalam baldi.
  3. Masukkan sedikit air kolah masjid di dalam baldi.
  4. Letakkan ais, pastikan air itu menjadi sejuk.

Bila air dah sejuk, sebelum mandi baca;

  • Al-Fatihah 7 kali
  • Bismillah5 7 kali
  • Al-Ikhlas 7 kali

Selawat 3 kali

Jika mandi di bilik air ,sebaiknya angkat baldi itu baca di luar terlebih dahulu. Selesai baca mandi air tersebut.Jika tak tahan sejuk mulakan dari kaki ke atas kepala. Namun jika tahan sejuk mandi sahaja dari kepala,lebih kan siram Mandi belakang tengkuk belakang.

Cara begini jika diamalkan, jika angin banyak dalam badan Insha Allah akan keluar,jika ada gangguan makhluk halus InshaaAllah akan berkurangan.Sifat Jin memang tidak tahan dengan Sejuk.Jin dijadikan dari API.

Kesannya:

Sekiranya lepas mandi ada rasa seperti angin keluar dari belakang tengkuk,rasa loya,pening,nak muntah,sendawa, itu maknanya di dalam tubuh ada gangguan.Saya nasihatkan segera dapatkan rawatan Islam berhampiran.Jika dalam badan ada gangguan yang lama selepas mandi badan akan jadi penat dan tak bermaya.

Waktu Mandi:

Mandian ini hanya alternatif dalam merawat pesakit buang angin bisa dalam badan. Disarankan mandi sebaiknya selepas subuh atau sebelum maghrib.Sekiranya amalkan buat mandian ini 3 hari sekali Insha Allah izin Allah badan akan rasa lebih segar.Badan dan kepala juga akan menjadi ringan.

Jika kerap sakit belakang, sakit kepala, sakit sendi bisa dalam badan sesuai amalkan mandi ais ini.Siapa yang pernah terima rawatan dengan saya, saya akan suruh mandi air ini sekurangnya 3 hari.

Semua itu atas keyakinan diri sendiri.Izin Allah InshaaAllah sembuh.Kita hanya ikhtiar, kesembuhan semua atas izin Allah.

Sementara itu, berikut adalah antara tanda-tanda ada gangguan makhluk halus;

  1. Sakit belakang berat tengkuk.
  2. Sakit kepala kerap magrain.
  3. Sakit seluruh sendi badan.
  4. Sakit Dada dan kerap sesak nafas.
  5. Dahi rasa berat cepat megantuk siang hari.
  6. Kerap kembung perut,sedawa angin.
  7. Berdebar-debar tanpa sebab bila tiba waktu maghrib.
  8. Badan jadi panas demam bila masuk waktu maghrib.
  9. Kitaran haid tidak menentu bagi wanita.
  10. Perut sakit seolah di hiris-hiris.
  11. Cepat panas baran.
  12. Suka bersendiri.
  13. Cepat naik angin terutama orang paling rapat dgn kita suami isteri.
  14. Sukar tidur malam gelisah dan kerap tersentak ketika tidur.
  15. Kerap ditindih ketika tidur.
  16. Kerap terdengar bisikan makhluk halus.
  17. Di atas bumbung rumah kerap dibaling pasir dan bunyi guli.
  18. Kerap terbau busuk,kemenyan,Cook.
  19. Kerap ternampak kelibat bayangan hitam.
  20. Kerap bermimpi bermain budak kecil dan menyusu budak.
  21. Kerap bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
  22. Kerap bermimpi tempat Kotor busuk.
  23. Kerap bermimpi sesat dlm hutan.
  24. Kerap bermimpi binatang berbisa,ular jengking lipan.
  25. kerap mimpi orang mati.

Di atas adalah tanda-tanda yang kerap berlaku bagi orang terkena gangguan sihir dan saka.Sekiranya banyak tanda-tanda tersebut berlaku pada diri, saya nasihatkan dapatkan rawatan Islam berhampiran.Moga dapat jadi panduan pada kita semua.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.Manfaat Terapi Mandi Ais, Hilangkan Bisa Dalam Badan, Lenguh Sendi & Gangguan Makhluk Halus

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *