SATU Kisah Menarik Yang Diceritakan Pasangan Ini Dan Bagaimana Mereka Boleh Kenal Hingga Ke Jinjang Pelamin. Jarak Umur Mereka Beza 30 Tahun Tu

“WALAUPUN bakal isteri 30 tahun lebih muda daripada saya, namun dia sangat matang dan mendapat restu empat anak dan ahli keluarga, malah ikhlas memperisterikannya.”

Begitu kata Raduan Yaakob, 50, yang bakal berkahwin dengan Nor Fatim Aisyah Mohd Noor, 20, selepas berkenalan sejak setahun lalu.

Raduan yang juga kontraktor dan tinggal di Kampung Banir Belikong, Selising, Pasir Puteh bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis dari kampung yang sama pada 29 Disember ini.

Kata pesara tentera itu, dia tidak menyangka bakal isteri sanggup menerima dirinya walaupun berbeza usia kira-kira 30 tahun.

“Saya kenal dengan bakal isteri setahun yang lalu ketika dia bekerja di syarikat katering yang saya usahakan selepas menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Pada awalnya hubungan kami hanya sebagai pekerja dan majikan, namun tidak menyangka hubungan menjadi bertambah baik sebelum mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, perbezaan usia tidak menjadi masalah kerana hubungan mereka direstui keluarga terutama empat anaknya berusia antara sembilan hingga 26 tahun.

“Ibu bapa Nor Fatim Aisyah merestui hubungan ini kerana kami mempunyai pertalian persaudaraan dan tinggal di kampung yang sama.

“Saya mahu perkahwinan yang bakal berlangsung ini kekal berpanjangan memandangkan saya pernah gagal pada perkahwinan pertama apabila berpisah dengan bekas isteri, dua tahun lalu.

Harapan Lelaki Ini Kepada Semua Netizen
“Saya mohon orang ramai supaya tidak mengecam hubungan kami kerana ini adalah jodoh yang ditetapkan Allah SWT,” katanya.

Sumber Artikel : Hmetro Online

Add Comment