Bacalah Surah Al-Insan 7 kali selepas solat..Besar ganjarannya

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Barangsiapa membaca surah Al-Insan (dengan penuh ikhlas dan Khusyu’), maka balasannya ialah syurga Harir”

Surah ini jika dibaca selalu, dapat menenangkan hati dan menguatkan jiwa.

Jika ditulis surah ini, kemudian dihapuskan dengan air yang suci. Berilah air ini kepada mereka yang tidak pandai atau susah untuk membaca. InsyaAllah dipermudahkan oleh Allah.

Surah ini jika ditulis pada kulit kibasy atau binatang-binatang korban yang disembelih pada hari raya korban dengan menggunakan dakwat ataupun pen orang-orang alim, kemudian dilipat tulisan tersebut dan dititikkan lilin supaya tidak dibasahi air. Bawalah ia kemana saja, insyaAllah menjadi pendinding dari segala bala dan gangguan jin dan manusia.

Khasiat Ayat 1-2:

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? ( Al-Insaan 76:1 )

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. ( Al-Insaan 76:2 )

Ayat ini jika dibaca 7 kali selepas solat, InsyaAllah ia akan dikasihi oleh manusia.

Disusun Oleh:

Ustaz Mohd Fadhil Bin Ariffin

sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah..

semoga bermanfaat. sila like & share!

sumber : @tvdakwahmy 

Add Comment